Page 87 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 87

PROGRAM PENCEGAHAN ALKOHOL DAN PENYALAHGUNAAN SUBSTANS

               1.    Program Pencegahan dan Mengurangkan Kemudaratan Alkohol
                     Pada 2019, tujuh negeri melaporkan kejadian keracunan metanol disebabkan
                     oleh meminum minuman beralkohol yang dipalsukan. Sebanyak 143 notifikasi
                     kes keracunan metanol yang melibatkan seramai 78 kematian telah dilaporkan.
                     Sehingga  Disember  2019,  sebanyak  299  klinik  kesihatan  dan  101  lokaliti
                     komuniti yang telah menjalankan program saringan dan intervensi alkohol di
                     seluruh negara.


               2.    Penyalahgunaan Substans
                     Program One Stop Centre for Addiction (OSCA) telah dilaksanakan di enam buah
                     klinik kesihatan (KK) mengikut Zon iaitu Zon Utara: KK Butterworth, Zon Tengah:
                     KK Batu 9 Cheras, Zon Selatan: KK Masjid Tanah, Zon Timur: KK Kuala Besut, Zon
                     Sabah: KK Menggatal dan Zon Sarawak: KK Tudan.

               PROGRAM PENCEGAHAN KECEDERAAN DAN KEGANASAN

               1.    One Stop Crisis Centre (OSCC)
                     Reten survelan OSCC tahun 2019 mendapati 83.6% kes mangsa deraan seksual
                     adalah  dari  golongan kanak-kanak dan  remaja. Carta alir  bagi  pengendalian
                     rujukan kes-kes disyaki didera dan berkaitan dengan penderaan seksual bagi
                     kanak-kanak  dan  remaja  daripada  fasiliti  kesihatan  awam  ke  OSCC  telah
                     ditambah baik bagi memastikan kelancaran proses rujukan kes-kes ini ke OSCC
                     di hospital.

               2.    Dekriminalisasi Cubaan Bunuh Diri
                     Usaha untuk mendekriminalisasikan cubaan  bunuh  diri  telah dibuat dengan
                     mengadakan  sesi  engagement bersama Pejabat Peguam Negara ke arah
                     meminda peruntukan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan. Ini bertujuan
                     untuk menggalakkan individu  yang cuba  untuk membunuh  diri  tampil
                     mendapatkan rawatan dan tidak menjenayahkan cubaan bunuh diri. Usaha ini
                     masih dalam proses perbincangan.


               SEKTOR KESIHATAN PEKERJAAN DAN KESIHATAN ALAM SEKITAR


               PROGRAM KESIHATAN PEKERJAAN

               Sharps Injury Surveillance (SIS) dalam kalangan Anggota KKM
               Sebanyak  1,486  kes  kecederaan  alatan  tajam  telah  dinotifikasikan  kepada  Unit
               Kesihatan Pekerjaan, KKM dari 1 Januari 2019 sehingga 14 Januari 2020. Jumlah kes
               yang dilaporkan tahun ini menurun sebanyak 11.2 peratus berbanding tahun 2018
               dengan 1,652 kes.

               Surveillance Notification of Accidents, Dangerous Occurence, Occupational
               Poisoning and Occupational Diseases (NADOPOD) dalam kalangan Anggota KKM
               Jumlah kes kemalangan dan kecederaan (tidak termasuk kecederaan alatan tajam
               klinikal)  yang dilaporkan  dalam  kalangan  anggota KKM  pada  tahun  2019 adalah



                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  77
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92