Page 90 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 90

RABIES

            Bagi tahun 2019 terdapat enam (6) kes rabies dalam kalangan manusia dilaporkan
            di Sarawak dan kesemuanya telah meninggal dunia.  Jumlah keseluruhan kes rabies
            di  Malaysia  sejak  Julai  2017  adalah  22  kes  termasuk  21  kematian.  Kesemua  kes
            dilaporkan berlaku di Sarawak, iaitu masing-masing enam (6) kes pada 2017, 10 kes
            pada 2018 dan enam (6) kes pada 2019. Hanya seorang kanak-kanak yang selamat
            tetapi mengalami komplikasi neurologi yang teruk.



            EBOLA, NIPAH, DAN PLAGUE
            Tiada kes ebola, Nipah dan plague dilaporkan pada tahun 2019.



            BRUCELLOSIS
            Pada tahun 2019, sebanyak 10 kes positif brucellosis telah dilaporkan. Kadar insidennya
            kurang dari 0.5 untuk tempoh 10 tahun kebelakangan ini (Rajah 4.3).

            Q FEVER

            Pada tahun 2019, tiada kes dilaporkan. Tren kadar insiden Q fever di bawah 0.05
            untuk tempoh 10 tahun kelebelakangan ini (Rajah 4.3).


                                                 Rajah 4.3
             Tren Kadar Insiden Brucellosis, Q Fever Dan Leptospirosis, Per 100,000 Penduduk,
                                      Di Malaysia, 2010 Hingga 2019


























            Sumber: Bahagian Kawalan Penyakit 2019, KKM










        LAPORAN TAHUNAN
    80  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95