Page 82 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 82

iii.   Kerjasama melibatkan pelbagai kementerian dan agensi terhadap ancaman
                     keselamatan kesihatan adalah di tahap yang baik, di mana semua kementerian
                     dan  agensi terlibat dalam melaksanakan pelan  strategik  MySED II (2017
                     hingga 2021).


            Antara cadangan yang diusulkan oleh pihak WHO:

               i.    Memperkukuhkan sistem keselamatan kesihatan awam berlandaskan pelan
                     strategik  MySED  II,  dan  menilai  kesiapsiagaan  melalui  latihan  simulasi  di
                     pelbagai peringkat serta membuat penambahbaikan ke  atas kelemahan-
                     kelemahan yang telah dikenal pasti.

               ii.   Meningkatkan  koordinasi  dan  akauntabiliti  sektor  berkaitan  dalam
                     pelaksanaan IHR (2005); termasuk sektor kesihatan manusia dan kesihatan
                     haiwan.

               iii.   Meningkatkan  penglibatan  sektor  swasta  dalam  sistem  keselamatan
                     kesihatan, termasuk dalam aspek survelan, komunikasi  risiko dan
                     kesiapsiagaan serta respon.

               iv.   Merangka strategi dalam mengoptimakan tenaga kerja di semua sektor yang
                     berkaitan dalam pelaksanaan IHR.
               v.    Kementerian Kesihatan Malaysia  ingin  mengucapkan tahniah  dan  terima
                     kasih kepada semua bahagian, agensi dan Kementerian yang terlibat semasa
                     persediaan sehingga penilaian Joint External Evaluation (JEE).


            SEKTOR PENGURUSAN WABAK DAN BENCANA


            SURVELANS WABAK DAN BENCANA
            Pada  tahun  2019,  sebanyak  3,026  wabak  dan  276  bencana  dilaporkan  ke  Sektor
            Pengurusan Wabak & Bencana.  Wabak utama yang dilaporkan adalah  HFMD,
            Keracunan Makanan, Mumps, Campak, Chicken Pox dan ILI/URTI). Bencana utama
            yang dilaporkan pula adalah banjir, kebakaran, ribut tumpahan merkuri dan kebocoran
            gas/kimia.



            PENGAKTIFAN PUSAT KESIAPSIAGAAN DAN TINDAKBALAS KRISIS  (CPRC)
            KEBANGSAAN
            Pada tahun  2019,  National  Crisis  Preparedness  and  Response  Centre (CPRC) telah
            diaktifkan sebanyak (5) lima kali, iaitu disebabkan oleh kes pencemaran bahan kimia
            di Sg Kim-kim Johor sebanyak (2) dua kali, kejadian wabak measles dalam kalangan
            orang asli di Gua Musang Kelantan, pencemaran jerebu di seluruh negara dan kejadian
            wabak Polio di Sabah.






        LAPORAN TAHUNAN
    72  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87