Page 91 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 91

MELIODOSIS
               Pada  tahun  2019,  terdapat 453 kes melioidosis  telah  dilaporkan  dengan 105
               kematian. Sebanyak 34 peratus kes mempunyai masalah kesihatan (co-morbid) yang
               menyebabkan komplikasi jangkitan. Hanya satu (1) wabak dilaporkan berlaku pada
               tahun 2019 iaitu di Kedah.

               PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT
               Bilangan kes HFMD yang dilaporkan pada tahun 2019 adalah 52,716 dengan kadar
               insiden  158.11  per  100,000  penduduk.  Jumlah ini kurang sebanyak  31  peratus
               berbanding dengan bilangan kes pada tahun 2018 (76,446). Tiada kematian HFMD
               dilaporkan  pada  tahun  2019.  Terdapat  1,609  wabak  HFMD  berlaku  pada  tahun
               2019. Trend kes HFMD mengikut notifikasi mingguan adalah seperti pada Rajah 4.4.
               Peratusan  strain  virus  HFMD  yang  utama  di  Semenanjung  Malaysia,  Sarawak  dan
               Sabah adalah Coxsackie A16 dengan nisbah masing-masing 96 peratus, 81 peratus
               dan 67 peratus.

                                                    Rajah 4.4
                         Tren Notifikasi Mingguan Kes HFMD di Malaysia, 2018 dan 2019



























               Sumber: Bahagian Kawalan Penyakit 2019, KKM

               SEKTOR TUBERKULOSIS (TB)/KUSTA

               SURVELANS TB

               Jumlah notifikasi kes Tibi bagi tahun 2019 adalah 26,420 kes (kadar notifikasi  81.1
               setiap 100,000 penduduk), peningkatan 583 kes (2.3 peratus) berbanding 25,837 kes
               (kadar notifikasi  78.6 setiap 100,000 penduduk) pada tahun 2018. Jumlah kematian
               Tibi  pada  tahun  2019  adalah  1,138  kematian  dengan  kadar  kematian  3.5  setiap
               100,000 penduduk. Sabah merupakan negeri dengan jumlah kes Tibi tertinggi iaitu
               5,248 kes diikuti oleh Selangor 5,218 kes dan Sarawak 3,066 kes.




                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  81
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96