Page 83 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 83

BILIK OPERASI DENGGI NASIONAL
               Bilik operasi Denggi Nasional di CPRC Nasional dalam status survelan aktif sehingga
               kini. Bilik operasi ini memantau wabak denggi dan mengkoordinasikan tindakan di
               seluruh negara. Bilik operasi ini mengadakan mesyuarat harian dan mengeluarkan
               laporan harian yang akan diedarkan ke pihak yang berkenaan.


               BILIK OPERASI PENCEMARAN SUNGAI KIM-KIM PASIR GUDANG, JOHOR

               Bilik  operasi  Pencemaraan  Sungai  Kim-kim  telah  diaktifkan  bermula  14  Mac  2019
               setelah  sejumlah  1568 kes telah  dilaporkan  oleh  JKN  Johor  mengalami  masalah
               kesihatan terutamanya melibatkan penduduk dan murid-murid sekolah yang berada
               di sekitar  kawasan. Bilik operasi ini mengadakan mesyuarat harian dan mengeluarkan
               laporan harian yang akan diedarkan ke pihak yang berkenaan.


               BILIK OPERASI WABAK MEASLES KUALA KOH, KELANTAN

               Bilik operasi Measles ini telah dibuka bermula  pada 16 Jun 2019 setelah sukarelawan
               orang asli membuat laporan kepada Pejabat Kesihatan Gua Musang bahawa terdapat
               sekumpulan orang asli yang mengalami masalah Jangkitan Saluran Pernafasan.


               BILIK OPERASI GEJALA SESAK NAFAS TAMAN MAWAR PASIR GUDANG JOHOR BAHRU

               Bilik operasi Kejadian Gejala Sesak nafas  dalam kalangan Pelajar  Di Taman Mawar
               Pasir Gudang Johor Bahru bermula 5 Julai 2019. Bermula 20 Jun 2019 sehingga 5 Julai
               2019 sebanyak 1,138 kejadian gejala sesak nafas dalam kalangan pelajar yang tinggal
               berhampiran dengan kawasan Taman Mawar Pasir Gudang telah dilaporkan.



               BILIK OPERASI JEREBU
               Bilik operasi Jerebu   telah diaktifkan bermula pada 18 September 2019 setelah pihak
               Jabatan Meteorologi memaklumkan bahawa terdapat 5 negeri yang menunjukkan
               paras indeks pencemaran udara (IPU) sangat tidak sihat iaitu Pulau Pinang, Wilayah
               Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak .


               BILIK OPERASI POLIO SABAH

               Bilik  operasi  Polio    telah  diaktifkan  bermula  pada  7  Disember  2019 setelah  pihak
               Kementerian  kesihatan  Malaysia  mengisytiharkan  kejadian  satu  (1)  kes  yang  telah
               disahkan  poliomyelitis  di  Tuaran,  Sabah.  Kes  ini  telah  disahkan  dijangkiti  dengan
               vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019. Ujian makmal oleh
               Makmal Rujukan Polio World Health Organization (WHO) menunjukan virus tersebut
               mempunyai perkaitan genetik dengan VDPV1 yang ditemui di Filipina.











                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  73
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88