Page 89 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 89

transmisi seksual telah menjadi faktor risiko bagi 94% kes baru HIV. Malaysia masih
               jauh  dalam  mencapai  sasaran ‘Ending  AIDS’ pada  tahun  2030  disebabkan liputan
               rawatan masih lagi rendah, iaitu 55 peratus berbanding dengan sasaran 90 peratus.

               Antara strategi inovatif bagi mengurangkan jangkitan HIV baru adalah:
               1.    Memperluaskan perkhidmatan saringan HIV (yang selama ini dijalankan di fasiliti
                     kesihatan statik) ke komuniti, contohnya saringan komuniti oleh sukarelawan
                     NGO, dan HIV self test kit (ujian sendiri).

               2.    Memulakan rawatan antiretroviral therapy (ART) secepat mungkin untuk semua
                     golongan “People Living With HIV/AIDS (PLHIV)”, kerana ART merupakan cara
                     pencegahan penularan HIV yang amat berkesan.

               3.    Membendung penularan HIV melalui transmisi seksual di populasi risiko tinggi,
                     melalui  promosi  penggunaan  kondom  secara konsisten serta mengurangkan
                     penyalahgunaan dadah dan alkohol.


                                                    Rajah 4.2
                Taburan Notifikasi Kes HIV Berdasarkan Faktor Risiko, Malaysia 2000 hingga 2019























               Nota: PWID – People who inject drugs
                Sumber: Bahagian Kawalan Penyakit 2019, KKM

               SEKTOR ZOONOSIS


               LEPTOSPIROSIS

               Pada  tahun  2019,  sebanyak  5,217  kes  leptospirosis  didaftarkan  melalui  sistem  CDCIS
               e-Notifikasi  dengan  32  kematian  (kadar  kematian  kes  0.6  peratus). Kadar insiden
               leptospirosis  adalah  15.61  per  100,000  penduduk  (Rajah  4.3). Sebanyak  67  peratus
               kes  leptospirosis melibatkan lelaki dan  45  peratus daripada  mereka adalah  dalam
               kumpulan  umur  25  hingga  55  tahun.  Terdapat  24  wabak  leptospirosis  dilaporkan
               pada  tahun  2019 dan  50 peratus  daripadanya melibatkan  rumah persendirian.







                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  79
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94