Page 86 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 86
berat badan, tidak merokok dan saringan faktor risiko. Kini, dua lagi skop kesihatan
iaitu kesihatan mental dan pengurangan kemudaratan alkohol telah ditambah dan
akan dilaksanakan pada tahun 2020. Sehingga kini, sebanyak 900,000 orang dewasa
telah disaring untuk faktor risiko berbanding 821,675 pada tahun 2018. 83 peratus
lokaliti melakukan trek 10,000 langkah, 74 peratus lokaliti KOSPEN telah mencapai
keperluan Polisi Menu Sihat dan 62.4 peratus telah mencapai sasaran untuk Rumah
Bebas Asap Rokok (RBAR).
SEKTOR KESIHATAN MENTAL, PENYALAHGUNAAN SUBSTANS &
PENCEGAHAN KECEDERAAN DAN KEGANASAN (MESVIPP)
PROGRAM KESIHATAN MENTAL
1. Kempen Promosi Kesihatan Mental Let’s TALK Minda Sihat
KKM telah melancarkan kempen kesedaran Kesihatan Mental (2020-2022)
iaitu ‘Let’s TALK Minda Sihat’ pada 17 Oktober 2019 dengan tujuan untuk
menggalakkan masyarakat secara solidariti bercakap tentang kesihatan mental,
mengurangkan stigma di samping meningkatkan kesedaran serta tingkah laku
dan juga mencari bantuan bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan
mental. Strategi pelaksanaan kempen adalah dengan mengadakan kerjasama
perkongsian pintar antara agensi awam, swasta, industri, NGO dan badan
profesional.
2. Perkhidmatan Kesihatan Mental di Kesihatan Primer
Sehingga Disember 2019, sebanyak 1,001 klinik kesihatan telah melaksanakan
perkhidmatan ini. Penambahbaikan telah dibuat dalam saringan kesihatan
mental untuk mengantikan saringan DASS-21 (sedia ada) kepada saringan Patient
Health Questionaire-9 (PHQ-9) dan Generalised Anxiety Disorder-7 (GAD-7)
yang lebih spesifik bagi mengesan kemurungan dan keresahan dalam kalangan
masyarakat. Lima negeri iaitu Kelantan, Perlis, WP Kuala Lumpur & Putrajaya,
Selangor dan Negeri Sembilan telah dikenal pasti untuk melaksanakan projek
rintis dalam pengunaan saringan baru ini.
3. Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial Semasa Bencana
(MHPSS)
Perkhidmatan ini diwujudkan semenjak 2014 untuk memberi perkhidmatan
psikososial kepada individu dan petugas yang terlibat dalam bencana atau
krisis selari dengan Arahan 20 dalam Majlis Keselamatan Negara. Pada bulan
Mac 2019, berlaku tragedi Sungai Kim-Kim berpunca daripada pembuangan
bahan kimia terlarang ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. Susulan kejadian
ini, pasukan MHPSS negeri Johor telah dimobilisasikan bagi melaksanakan
perkhidmatan MPHSS kepada individu yang terlibat dan anggota kesihatan yang
menjalankan tugas.
LAPORAN TAHUNAN
76 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019