Page 85 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 85
VERIFIKASI DATA KEMATIAN YANG TIDAK DISAHKAN SECARA PERUBATAN SEBAGAI
SATU SISTEM DI MALAYSIA (VERBAL AUTOPSY)
Verbal Autopsy (VA) atau Verifikasi Data Kematian Yang TIdak Disahkan Secara
Perubatan (NMCD) merupakan usaha KKM untuk menaikkan peratus Kematian
Yang Disahkan Secara Perubatan (MCD) dari 48.5 peratus pada tahun 2014 kepada
80 peratus pada tahun 2024 dan untuk menambah baik penyebab kematian kes
MCD menurut International Classification of Diseases 10th Revision (ICD-10). Bagi
melaksanakan VA, KKM mendapatkan kerjasama dari Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Hasil dari pelaksanaan VA kepada
data NMCD 2018, peratusan NMCD telah dapat ditingkatkan dari 57.9 peratus pada
tahun 2017 kepada 68.2 peratus pada tahun 2018.
SEKTOR KAWALAN TEMBAKAU DAN URUSETIA FCTC
Selaras dengan Artikel 8, WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC),
KKM telah mewartakan tempat makan terbuka sebagai kawasan larangan merokok
bermula 1 Januari 2019. Ini adalah merupakan perluasan kawasan larangan merokok
sedia ada di mana tempat makan berhawa dingin telah pun diwartakan semenjak
tahun 2004. Penguatkuasaan pendidikan telah dilaksanakan terlebih dahulu bagi
memberikan kesedaran kepada orang ramai berhubung peraturan terbaru ini
sebelum penguatkuasaan sepenuhnya dilaksanakan. Objektif pewartaan kawasan
larangan merokok adalah untuk melindungi orang ramai daripada bahaya asap rokok
dan membantu perokok untuk berhenti merokok.
Sebagai salah satu cara untuk membantu perokok berhenti merokok, KKM telah
melancarkan program mQuit dan memperkenalkan laman web jomquit.moh.gov.my.
Laman web ini juga telah dipromosi dan dipaparkan melalui papan tanda larangan
merokok. Sehingga kini, terdapat peningkatan yang ketara terhadap bilangan perokok
yang mendaftar untuk berhenti merokok iaitu seramai 1,678 orang telah berdaftar
pada tahun 2019 berbanding 485 orang (2018). Sementara itu, bilangan pendaftaran
ke perkhidmatan berhenti merokok juga semakin meningkat dari tahun ke tahun di
mana pada tahun 2019 sebanyak 22,601 perokok telah berdaftar berbanding 20,032
(2018). Kadar berjaya berhenti merokok adalah sebanyak 51 peratus dalam kalangan
mereka yang mempunyai quit date.
SEKTOR INTERVENSI PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT
KOSPEN, singkatan untuk Komuniti Sihat Pembina Negara merupakan satu program
intervensi yang melibatkkan komuniti untuk mengatasi masalah faktor risiko
Penyakit Tidak Berjangkit. Program KOSPEN sudah menjangkau usia lapan tahun dan
telah dilaksanakan di 950 buah lokaliti di seluruh negara. Pasa asalnya program ini
merangkumi lima skop kesihatan iaitu pemakanan sihat, hidup yang aktif, pengurusan
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 75