Page 84 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 84
SEKTOR PENYAKIT KARDIOVASKULAR/DIABETES/KANSER
KUALITI PERKHIDMATAN DIABETES DI KLINIK KESIHATAN
The National Diabetes Registry (NDR) berfungsi untuk memantau status klinikal pesakit
diabetes yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan KKM. Pada tahun 2019, 1.6
juta pesakit diabetes telah didaftarkan dan terdapat 890,855 pesakit diabetes dalam
rawatan aktif. Lima negeri mencapai sasaran 30 peratus HbA ≤6.5 peratus; Negeri
Sembilan, Pahang, Sabah, WP Labuan and WP Kuala Lumpur. 1C
KUALITI PERKHIDMATAN HYPERTENSION DI KLINIK KESIHATAN
Pada tahun 2019, satu audit kebangsaan telah dijalankan untuk memantau status
klinikal pesakit yang mendapatkan rawatan hypertension di klinik kesihatan KKM.
Hanya seramai 59.4 peratus daripada pesakit yang diaudit mencapai sasaran BP
<140/90 mmHg. Langkah-langkah penambahbaikan seperti latihan untuk pegawai
perubatan akan dijalankan. Audit Kebangsaan ini akan diteruskan setiap tahun untuk
mengukuhkan perkhidmatan klinikal pesakit hypertension berdasarkan rekomendasi
klinikal.
SALT REDUCTION STRATEGY TO PREVENT AND CONTROL NCD FOR MALAYSIA, 2015
HINGGA 2020
Berdasarkan kajian pengambilan garam dalam kalangan populasi (MyCoSS 2017/2018)
pengambilan garam semasa adalah 7.9 gram/hari. Penilaian pertengahan penggal
oleh pihak WHO pada tahun 2019 (laporan boleh dimuat-turun dari sesawang KKM)
menunjukkan bahawa dalam tiga tahun pertama, strategi ini memberi tumpuan
besar dalam menghasilkan sumber pendidikan pengurangan garam yang tertumpu
spesifik kepada budaya dan pemantauan secara tepat pengambilan garam oleh
penduduk serta kandungan garam dalam makanan. Keberkesanan adalah sederhana
dalam mewujudkan mekanisme untuk menyampaikan output tersebut kepada
penduduk Malaysia dan melibatkan pengilang makanan untuk membuat reformulasi
makanan atau melabelkan kandungan garam dalam makanan yang diproses. Walau
bagaimanapun, status kemajuan dalam memastikan mesej pengurangan garam,
bahan pendidikan dan makanan rendah garam terproses dapat dicapai dan diterima
pakai oleh penduduk Malaysia adalah masih rendah.
PROGRAM SARINGAN KANSER KOLOREKTAL KEBANGSAAN
Program Saringan Kanser Kolorektal menggunakan immunological Fecal Occult
Blood Test (iFOBT) diikuti dengan kolonoskopi telah dimulakan oleh KKM pada tahun
2014. Kumpulan sasar ialah individu berumur 50 hingga 75 tahun tanpa mempunyai
tanda dan gejala. Disebabkan oleh kekangan sumber khususnya aspek perkhidmatan
kolonoskopi, KKM hanya dapat menyaring kurang dari satu peratus penduduk Malaysia
yang layak setiap tahun. Pada tahun 2019 seramai 31,452 klien telah disaring dan 8.5
peratus didapati positif iFOBT serta dirujuk untuk kolonoskopi. Walau bagaimanapun,
daripada kesemua yang dirujuk, hanya 53.5 peratus menjalani ujian kolonoskopi dan
daripada jumlah ini, 2.7 peratus disahkan menghidap kanser manakala 24.6 peratus
dikesan mempunyai polip usus.
LAPORAN TAHUNAN
74 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019