Page 81 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 81
Rajah 4.1
Bilangan Preskripsi yang diterima di Kaunter Farmasi, 2017-2019
Bilangan Preskripsi
Sumber: Bahagian Farmasi, KKM
BAHAGIAN KAWALAN PENYAKIT
CAWANGAN SURVELANS
WORLD HEALTH ORGANIZATION JOINT EXTERNAL EVALUATION
Pada 21 Oktober sehingga 25 Oktober 2019, Malaysia telah menjemput seramai 11
pakar yang dipilih oleh pihak WHO untuk menilai pelaksanaan IHR 2005 di Malaysia
meliputi 19 bidang teknikal, yang merangkumi keseluruhan 49 indikator. Pihak penilai
juga telah membuat lawatan ke beberapa fasiliti yang terpilih daripada pelbagai
Kementerian dan agensi.
Pencapaian Malaysia dalam penilaian tersebut adalah seperti berikut:
i. Malaysia mempunyai sistem keselamatan kesihatan bermatlamat jangka
panjang, melalui pembangunan dan pelaksanaan pelan Malaysia Strategy
for Emerging Dieases and Public Health Emergencies Workplan (MySED II)
dan rangka kerja berkaitan.
ii. Malaysia mempunyai mekanisma yang baik dalam penyelarasan arahan serta
kawalan kesiapsiagaan kecemasan kesihatan awam yang melibatkan pelbagai
kementerian dan agensi berpandukan Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara
yang diselia oleh Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA). Crisis
Preparedness and Response Centre (CPRC) KKM pula bertindak sebagai
pusat bagi merancang aktiviti kesiapsiagaan, pengumpulan maklumat serta
menyelaras respon sektor kesihatan.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 71