Page 62 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 62

PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN

            Jumlah  keseluruhan  aset alih  KKM  sehingga 31 Disember  2019  adalah  sebanyak
            2,634,04 unit aset dengan nilai perolehan berjumlah RM11,391,613,939.42. Setiap
            PTJ harus melaksanakan pemeriksaan ke atas semua Aset Alih Kerajaan sekurang-
            kurangnya satu (1) kali setahun. Ini adalah bagi memastikan aset alih yang digunakan
            adalah selamat dan masih berfungsi pada tahap optima.

            PELAKSANAAN SISTEM e-PEROLEHAN (eP)

            Sistem  ePerolehan  (eP)  dibangunkan dari tahun  2000  bagi membolehkan agensi
            kerajaan melakukan perolehan bekalan dan perkhidmatan secara atas talian dengan
            pembekal-pembekal Kerajaan. Sistem eP adalah salah satu pasaran maya Government-
            to-Business  (G2B) terbesar  di ASEAN  dengan dua (2) juta katalog di atas talian.
            Mulai Januari 2018, MOF telah memperkenalkan pelaksanaan Sistem eP Baharu. Di
            kalangan kementerian lain, KKM merupakan pengguna sistem eP yang terbesar dan
            telah menggunakan sistem eP secara meluas. Jadual 3.5 menunjukkan pencapaian
            kementerian dalam penggunaan Sistem eP bagi tahun 2019.

                                                Jadual 3.5
                            Pencapaian KKM dalam Penggunaan Sistem eP 2019


                                JUMLAH       NILAI TRANSAKSI     PERUNTUKAN      PENCAPAIAN
              BIL   TAHUN
                               TRANSAKSI          (RM)               (RM)             (%)

              1      2019       761,437      6,374,843,045.96  7,086,045,636.00      89.96

            Sumber: Sistem ePerolehan, KKM


            PROGRAM/PEMBAHARUAN PEROLEHAN

            Bahagian Perolehan dan Penswastaan telah melaksanakan beberapa program yang
            melibatkan nilai tambah dalam perolehan dan beberapa pembaharuan dalam kaedah
            perolehan di Kementerian. Jadual 3.6 merumuskan program dan pembaharuan yang
            telah dilaksanakan sepanjang tahun 2019.




















        LAPORAN TAHUNAN
    52  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67