Page 65 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 65
PENGURUSAN BAYARAN EMOLUMEN
Jumlah keseluruhan emolumen yang diproses bagi IPKKM pada tahun 2019 adalah
sebanyak RM2.081 bilion melibatkan 30,749 pegawai. Jumlah bayaran emolumen
bertambah sebanyak 5.58 peratus daripada RM1.97 bilion tahun 2018 ke RM2.08
bilion tahun 2019. Jumlah keseluruhan emolumen KKM (seluruh Malaysia) pada
tahun 2019 adalah sebanyak RM 15,883,255,066.07.
PENGURUSAN AKAUN AMANAH
KKM mempunyai 23 Akaun Amanah iaitu satu (1) Akaun Amanah di bawah Seksyen
10 dan 22 Akaun Amanah di bawah Seksyen 9, Akta Acara Kewangan 1957.
i. Akaun Amanah di bawah Seksyen 10, Akta Acara Kewangan 1957
Kumpulan Wang Amanah Tabung Bantuan Perubatan (KWATBP) ditubuhkan
bertujuan untuk membantu membiayai kos rawatan perubatan kepada
golongan yang tidak berkemampuan. Baki KWATBP pada 31 Disember 2019
adalah berjumlah RM71,498,079.69.
ii. Akaun Amanah di bawah Seksyen 9, Akta Acara Kewangan 1957
Terdapat 22 Akaun Amanah di bawah Seksyen 9 yang diselenggara oleh
BA, KKM. Baki Akaun Amanah sehingga 31 Disember 2019 dengan jumlah
keseluruhan adalah sebanyak RM27,863,322.34.
PENGURUSAN AKAUN DEPOSIT
KKM mempunyai 14 Akaun Deposit. Baki Akaun Deposit sehingga 31 Disember 2019
adalah berjumlah RM128,701,875.00. Daripada 14 Akaun Deposit tersebut, lima
(5) Akaun Deposit melibatkan deposit bayaran cagaran bagi kemasukan ke hospital
dan deposit peralatan pesakit dengan jumlah RM69,061,804.39. Manakala sembilan
(9) Akaun Deposit berjumlah RM59,640,070.61 melibatkan Deposit Wang Jaminan
Pelaksanaan (WJP), Deposit Kuarters, Deposit Am dan lain-lain deposit berkaitan
pengurusan.
PERAKAUNAN KITARAN HAYAT ASET
Selaras dengan polisi perakaunan akruan, semua aset di bawah kategori Aset Bukan
Kewangan yang mempunyai Kitaran Hayat Aset perlu dilaporkan dengan tepat di
dalam Penyata Kewangan Kementerian berdasarkan titik pengiktirafan (tarikh) dan
pengukuran nilai aset (RM) yang benar dan saksama. Sehingga 31 Disember 2019,
kedudukan baki terkumpul Aset Bukan Kewangan adalah sebanyak RM39,851,823,688
seperti di Rajah 3.2.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 55