Page 60 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 60

program-program kesihatan yang memanfaatkan pesakit, KKM telah meningkatkan
            jumlah kelulusan bantuan kewangan dan bilangan NGO yang diberi bantuan pada
            tahun  2019 berbanding  tahun  sebelumnya.  Jadual  3.3 menunjukkan  jumlah
            perbelanjaan dan bilangan pesakit/organisasi yang mendapat manfaat mengikut jenis
            subsidi/program bagi tempoh lima (5) tahun. Perbelanjaan subsidi hemodialisis dan
            suntikan erythropoietin pada tahun 2019 adalah rendah walaupun jumlah pesakit
            meningkat kerana terdapat tuntutan-tuntutan yang belum dikemukakan oleh NGO.

                                                Jadual 3.3
              Perbelanjaan & Bilangan Pesakit/Organisasi Yang Mendapat Manfaat Mengikut
                                    Subsidi/Program, 2015 hingga 2019

                                          PERBELANJAAN DAN BILANGAN PESAKIT/ ORGANISASI DIMANFAATKAN
              BIL  JENIS SUBSIDI/ PROGRAM
                                        2015        2016       2017        2018       2019
                                     RM41.43 juta   RM43.92 juta   RM47.25 juta   RM 50.27 juta   RM40.37 juta
              1  Tabung Bantuan Perubatan
                                                                                       pesakit)
                                      (5,338 pesakit)  (5,518 pesakit)  (5,656 pesakit)  (5,683 pesakit)  (3,911 patients)
                 Subsidi  Hemodialisis  &  RM22.79 juta   RM22.74 juta   RM23.96 juta   RM 35.31 juta   RM34.35 juta
              2
                 Suntikan Erythropoietin  (2,944 pesakit)  (2,942 pesakit)  (2,415 pesakit)  (2,749 pesakit)  (3,315 patients)
                                                                                       pesakit)
                 Bantuan Kewangan Kepada   RM3.66 juta   RM2.50 juta  RM3.25 juta   RM 2.41 juta   RM4.76 juta
              3
                 NGO (Aktiviti Kesihatan)  (40 NGO)   (45 NGO)  (65 NGO)  (60 NGO)   (66 NGO)
            Sumber : Bahagian Kewangan, KKM

            PERBELANJAAN KEPADA INSTITUT JANTUNG NEGARA (IJN)

            KKM  memperuntukkan  perbelanjaan  bagi  pesakit tanggungan  Kerajaan  untuk
            mendapatkan rawatan di IJN dalam bentuk kemudahan perubatan untuk Pegawai
            Awam  Persekutuan  dan  Pesara  Awam  Persekutuan  serta  bayaran  subsidi  kepada
            orang  awam.  Perbelanjaan  rawatan  pesakit  tanggungan  Kerajaan  di  IJN  adalah
            bergantung kepada jenis rawatan serta tempoh rawatan tersebut. Pada tahun 2019,
            seramai 53,900 orang pesakit yang mendapatkan rawatan di IJN mendapat manfaat
            daripada kemudahan ini dimana daripada RM485.80 juta yang dibelanjakan, 49.81
            peratus adalah untuk pesakit kategori pesara awam, 33.92 peratus pesakit kategori
            pegawai awam dan 16.27 peratus kepada pesakit kategori orang awam.

            BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENSWASTAAN


            Bahagian Perolehan dan Penswastaan bertanggungjawab menguruskan perolehan,
            program  penswastaan  dan  pengurusan  aset  serta  stor  kementerian.  Bahagian  ini
            perlu  memastikan  kesemua  perolehan  bekalan  dan  perkhidmatan  yang  dibuat
            adalah yang terbaik, telus, adil, menjimatkan dan menguntungkan kerajaan. Selain
            itu,  bahagian  ini  turut  bertanggungjawab  dalam  menguruskan  semua  program
            penswastaan yang melibatkan makmal ubat dan stor, perolehan dan penyelenggaraan
            peralatan perubatan di klinik-klinik KKM, Perkhidmatan Sokongan Hospital dan juga






        LAPORAN TAHUNAN
    50  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65