Page 64 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 64
Terdapat empat (4) Perjanjian Konsesi yang berkuat kuasa dan diurus tadbir oleh
Bahagian Perolehan dan Penswastaan seperti berikut:
i. Perjanjian Konsesi Perolehan Dan Penyelenggaraan Peralatan Perubatan
Di klinik-klinik Kementerian Kesihatan Malaysia (Medical Equipment
Enhancement Tenure – MEET);
ii. Perjanjian Konsesi Perkhidmatan Penyeliaan Dan Pemeriksaan Kesihatan
Pekerja Asing (FOMEMA);
iii. Perjanjian Konsesi Penswastaan Makmal Ubat Dan Stor Dengan Pharmaniaga;
dan
iv. Perjanjian Konsesi Perkhidmatan Sokongan Hospital.
HALA TUJU
Bahagian Perolehan dan Penswastaan sentiasa membantu bahagian dan program lain
dalam melaksanakan urusan perolehan yang cekap dan berintegriti ke arah mencapai
objektif perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di KKM.
BAHAGIAN AKAUN
Bahagian Akaun (BA), KKM sebagai Pejabat Perakaunan bertanggungjawab dalam
menyediakan dan memantapkan perkhidmatan perakaunan dan kewangan
Kerajaan yang komprehensif bagi mempertingkatkan akauntabiliti sektor awam. BA
bertanggungjawab memastikan semua urusniaga bagi KKM diperakaunkan dengan
tepat dan sempurna mengikut tempoh yang ditetapkan. Tugas utama BA termasuklah
mengurus dan mengakaunkan terimaan dan bayaran termasuk gaji, pengurusan akaun
amanah, pelaksanaan sistem perakaunan Kerajaan, pemantauan melalui naziran
dan audit serta merancang dan melaksanakan program latihan bagi meningkatkan
kompetensi pegawai.
PENGURUSAN KEWANGAN
PEMBAYARAN
Secara keseluruhannya, BA KKM telah meluluskan pembayaran bil sebanyak
RM2,680,035,613 atau 309,472 bil bagi tahun kewangan 2019 berbanding
RM3,856,096,845 atau 306,952 bil pada tahun sebelumnya. Terdapat pengurangan
amaun bayaran sebanyak 30.50 peratus walaupun bilangan bil yang diproses
meningkat sebanyak 0.82 peratus bagi 44 Pusat Tanggung Jawab (PTJ) (2018: 49 PTJ)
di bawah Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM).
LAPORAN TAHUNAN
54 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019