Page 67 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 67

Bil. 1 Tahun 2019 mengenai pengawasan yang sesuai diadakan untuk mengelakkan
               kehilangan kerana penipuan dan kecuaian di Jabatan. Ianya bagi memastikan tadbir
               urus  di  peringkat PTJ adalah  teratur serta mengurangkan  risiko-risiko  yang  boleh
               menyebabkan kerugian di pihak kerajaan.


                                                    Rajah 3.3
                                   Isu-isu Utama Pengurusan Emolumen KKM

























               Sumber: Bahagian Akaun, KKM

               Lawatan Naziran Terimaan adalah untuk membantu mempertingkatkan kecekapan
               dan keberkesanan pengurusan terimaan dan perakaunan hasil KKM bagi mengelakkan
               ketirisan dan kehilangan wang awam. Berdasarkan kepada penemuan naziran yang
               telah dijalankan ke-19 Pemungut Utama dan 68 Pemungut Kecil, beberapa cadangan
               penambahbaikan telah dimaklumkan iaitu pengasingan tugas antara penyedia dan
               penyelia, ciri-ciri keselamatan di kaunter dan latihan berkaitan prosedur perakaunan.

               Pada tahun 2019, Unit Audit Terimaan (UAT) melaksanakan penyeliaan dan semakan
               dokumen Akaun Terimaan ke atas 430 buah Pejabat Pemungut Utama KKM di seluruh
               Malaysia bagi memastikan tatacara terimaan dilaksanakan mematuhi undang-undang
               dan peraturan yang telah ditetapkan.

               Semakan merangkumi  penghantaran dokumen Akaun  Terimaan mengikut tempoh
               ditetapkan,  surat  kebenaran  khusus  penetapan  kuasa  yang  dikemas  kini,  kawalan
               terhadap  dokumen  terkawal  seperti  resit  serta  pungutan  dimasukkan  ke  dalam
               bank  dengan  segera  dan  tepat.  Antara  penemuan  yang  dikenal  pasti  adalah  resit
               dikeluarkan tetapi kutipan tidak atau lewat dimasukkan ke bank, kuantiti resit batal
               yang tinggi serta tanpa penggantian dan Pejabat Pemungut lewat mengemukakan
               dokumen Akaun Terimaan ke Bahagian Akaun untuk semakan.





                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  57
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72