Page 59 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 59
Gambar 3.1
Pelancaran Pelaksanaan e-Wallet (Boost) yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri
Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia
Sumber: Bahagian Kewangan, KKM
BANTUAN KEWANGAN DAN SUBSIDI
TABUNG BANTUAN PERUBATAN (TBP)
KKM menyediakan bantuan kepada pesakit miskin dan kurang berkemampuan
melalui TBP untuk membiayai sebahagian atau sepenuhnya kos rawatan, pembelian
peralatan rehabilitasi atau ubat-ubatan. Pada tahun 2019, KKM telah membiayai
sebanyak 3,911 orang pesakit yang melibatkan kos sebanyak RM40.37 juta. Berlaku
penurunan bilangan pesakit yang menerima bantuan dan amaun kelulusan TBP pada
tahun 2019 berbanding 2018 berikutan pengenalan program bantuan kewangan
baharu yang disediakan oleh kerajaan iaitui Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40).
SUBSIDI KOS RAWATAN HEMODIALISIS
KKM juga menyediakan subsidi kepada pesakit miskin dan kurang berkemampuan
yang menjalani rawatan hemodialisis di 125 pusat hemodialisis Badan Bukan Kerajaan
(NGO) yang layak menerima bantuan subsidi KKM sebanyak RM100 bagi setiap
rawatan dan suntikan Erythropoeitin (EPO) sebanyak RM18.50 setiap pesakit. Pada
tahun 2019, sebanyak RM34.35 juta telah dibelanjakan dan sebanyak 2,842 orang
pesakit mendapat manfaat dari subsidi ini.
BANTUAN KEWANGAN KEPADA PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
KKM memperuntukkan bantuan kewangan kepada NGO seperti Majlis Hospis
Malaysia, Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia dan Institut Diabetes
Negara bagi melaksanakan program dan aktiviti berkaitan kesihatan dengan pesakit
serta komuniti. Mengambil kira kepentingan dan peranan NGO dalam menyediakan
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 49