Page 58 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 58

Rajah 3.1
                Pecahan Kutipan dan Tunggakan Hasil di bawah Perintah Fi (Perubatan) ABT
                                     Mengikut Kewarganegaraan 2019























            Sumber: Bahagian Kewangan, KKM

            KKM sangat komited dalam memastikan penurunan tunggakan hasil hospital dengan
            menambah baik dan mengemasi kini proses kerja, mengeluarkan garis panduan /
            surat pekeliling seperti Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bilangan 2 Tahun 2019
            – Garis Panduan Pelaksanaan Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014 dan
            Garis Panduan Penyelarasan Kutipan Caj Perkhidmatan di Fasiliti Kesihatan Primer
            bagi  warganegara  Malaysia.  Fasiliti  kesihatan  KKM  juga  melaksanakan  terimaan
            melalui  kaedah  e-pembayaran  seperti  kad  kredit/debit,  perbankan  internet  dan
            e-wallet. Selain itu, KKM juga hanya membenarkan pesakit daripada syarikat swasta
            yang  berdaftar  dengan  Kementerian  sahaja  untuk  menggunakan  surat  jaminan
            syarikat bagi menerima rawatan tanpa deposit. Bagi meningkatkan pengetahuan dan
            kompetensi pegawai di Unit Hasil dalam melaksanakan pengenaan caj sebagaimana
            digariskan  dalam  Perintah  Fi  (Perubatan),  kursus-kursus  yang  melibatkan  pegawai
            pengurusan hasil di semua fasiliti KKM diseluruh negera juga dianjurkan pada setiap
            tahun.


            PELAKSANAAN E-WALLET (BOOST) DI KLINIK KESIHATAN KKM


            Majlis  pelancaran  pelaksanaan  e-wallet  (Boost) di  Klinik  Kesihatan  KKM  telah
            disempurnakan  oleh  Menteri  Kesihatan  Malaysia,  YB  Datuk  Seri  Dr.  Dzulkefly  bin
            Ahmad pada  26 November  2019  bertempat di  Klinik  Kesihatan Cheras selaras
            dengan hala tuju Kerajaan bagi membentuk cashless society di Malaysia. Pelaksanaan
            e-wallet (Boost) ini juga merupakan inisiatif KKM dengan kerjasama Syarikat Axiata
            Digital eCode Sdn. Bhd. dan RHB Islamic Bank Berhad untuk mempelbagaikan kaedah
            e-pembayaran bagi memudahkan pembayaran bil hospital oleh pesakit di samping
            mengurangkan masa menunggu di kaunter fasiliti kesihatan Kerajaan.





        LAPORAN TAHUNAN
    48  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63