Page 57 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 57
PENGURUSAN HASIL
KUTIPAN HASIL KKM DAN AKAUN BELUM TERIMA (ABT)
Pada tahun 2019, KKM mencatatkan jumlah kutipan hasil berjumlah RM728,828,953.54
yang merangkumi kutipan hasil fi perubatan sebanyak RM414,377,195.62 (56.86
peratus) daripada jumlah kutipan hasil keseluruhan. KKM juga menggalakkan shared
governance untuk penjagaan pesakit yang efisien berasaskan prinsip partnership,
ekuiti dan akauntabiliti. Melalui prinsip ini, pesakit yang ingin berkongsi kos penjagaan
kesihatan dengan Kerajaan boleh menyumbang kepada mana-mana hospital/klinik
KKM. Sumbangan ini akan direkodkan melalui kod yang spesifik iaitu 77401 (sumbangan
syarikat), 77402 (sumbangan pertubuhan sukarela) dan 77403 (sumbangan peribadi).
Pada tahun 2019, sebanyak RM3,871,675.84 telah disumbangkan di bawah ketiga-
tiga kod tersebut. Manakala, ABT keseluruhan KKM pada tahun 2019 adalah sebanyak
RM306,180,645.45 dan RM52,568,818.58 daripada jumlah tersebut merupakan
tunggakan hasil fi perubatan. Pecahan kutipan sebenar tahun 2019 mengikut klasifikasi
kod hasil adalah seperti di Jadual 3.2, manakala, Rajah 3.1 pula menunjukkan pecahan
rekod kutipan dan tunggakan hasil fi perubatan mengikut status kewarganegaraan.
Jadual 3.2
Kutipan Hasil Mengikut Kod Klasifikasi 2019
KOD KLASIFIKASI KOD HASIL (RM)
71000 Lesen Bayaran Pendaftaran Dan Permit 22,242,583.98
(i) Kutipan Caj Fi 414,377,195.62
72000
(ii) Lain-lain 53,215,700.43
73000 Perolehan Dari Jualan Barang 3,114,558.45
74000 Sewaan 34,543,159.55
75000 Faedah & Perolehan Dari Pelaburan 356,832.58
76000 Denda Dan Hukuman 43,585,949.10
Sumbangan Dan Bayaran Ganti Daripada Luar Negeri Dan
77000 3,871,675.84
Sumbangan Tempatan
80000 Terimaan Bukan Hasil 153,500,459.54
90000 Hasil Wilayah-wilayah Persekutuan 20,838.45
JUMLAH HASIL 728,828,953.54
Sumber: Bahagian Kewangan, KKM
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 47