Page 61 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 61
Perkhidmatan Penyeliaan dan Pemeriksaan Kesihatan Pekerja Asing. Pelaksanaan
program tersebut perlulah selaras dengan Dasar Penswastaan Negara dan dipantau
rapi serta sentiasa ditambah baik dari segi piawai, keberkesanan dan kualiti
perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai. Bahagian ini juga mengawal selia
pengurusan stor, inventori dan aset KKM supaya kesemua peraturan yang berkuat
kuasa adalah dipatuhi pada setiap masa.
PRESTASI PEROLEHAN KEMENTERIAN
Perolehan melalui tender yang dilaksanakan di peringkat KKM adalah meliputi
perolehan farmaseutikal, peralatan perubatan, perkhidmatan, ICT, kenderaan dan
Approved Products Purchase List (APPL). Selaras dengan dasar pengoptimuman
sumber yang diamalkan oleh Kerajaan, KKM telah melaksanakan penjimatan
dalam urusan perbelanjaan perolehan Kerajaan bagi memastikan peruntukan yang
diluluskan mencukupi untuk memenuhi keperluan perkhidmatan teras dan rawatan
pesakit supaya penjagaan kesihatan tidak terjejas. Penjimatan yang diperoleh adalah
berdasarkan kepada perbandingan di antara anggaran harga jabatan dengan harga
kontrak yang ditawarkan serta mekanisma rundingan harga yang diadakan dengan
syarikat yang dilantik susulan daripada kelulusan khas oleh Kementerian Kewangan
Malaysia (MOF). Jadual 3.4 menunjukkan pencapaian perolehan KKM tahun 2019
mengikut kategori item perolehan yang telah diuruskan oleh Bahagian Perolehan dan
Penswastaan.
Jadual 3.4
Pencapaian Perolehan KKM 2019
KATEGORI NILAI PEROLEHAN PENJIMATAN PENJIMATAN
BIL
PEROLEHAN (RM) (RM) (%)
1. Farmaseutikal 2,054,390,016.12 402,447,717.40 20
2. Peralatan Perubatan 266,199,651.48 40,970,203.61 15
3. Perkhidmatan 669,500,113.33 53,916,612.57 8
4. ICT 437,124,184.82 14,446,185.17 3
5. Percetakan 2,183,058.50 1,150,266.05 53
6. Toner/MTO 19,995,992.97 3,385,770.13 17
7. Ayam 62,147,389.95 0.00 0
JUMLAH 3,511,540,407.17 516,316,754.93 15
Sumber: Bahagian Perolehan dan Penswastaan, KKM
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 51