Page 66 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 66
Rajah 3.2
Kedudukan Baki Terkumpul Aset Bukan Kewangan Sehingga 31 Disember 2019
Nota: Data Inventori yang dinyatakan adalah hanya baki akhir 50 dari 84 PTJ Inventori KKM bagi Stor Utama Farmasi sahaja.
Data bagi Stor Utama Patologi belum dimuat-naik.
Sumber: Sistem iGFMAS
PENGURUSAN PRESTASI
KKM terdiri daripada 466 bilangan PTJ di seluruh Malaysia telah memproses sejumlah
1,611,531 baucar pembayaran bil berjumlah RM8,498,748,216.12. Pada tahun 2019,
prestasi pembayaran bil dalam tempoh 14 hari bagi KKM untuk adalah sebanyak
99.80 peratus. Sebanyak 37 peratus (173 PTJ daripada 466 PTJ) telah berjaya
melaksanakan pembayaran dalam tempoh 14 hari bagi kesemua bil yang diterima.
Prestasi pembayaran bil sempurna dalam tempoh 14 hari mencatatkan peningkatan
sebanyak 0.68 peratus kepada 99.80 peratus pada tahun 2019 berbanding tahun
2018 sebanyak 99.12 peratus.
PENGURUSAN RISIKO
Fungsi Unit Naziran dan Auditan Akaun Terimaan Kira-kira Wang Tunai adalah selaras
dengan peranan Akauntan Negara Malaysia di bawah Arahan Perbendaharaan (AP)
138 bertujuan untuk pengawasan yang terkawal dan teratur bagi mengelakkan
kehilangan kerana penipuan atau kecuaian dalam pengurusan kewangan kerajaan.
Naziran bayaran yang dijalankan pada tahun 2019 bertujuan untuk mengkaji,
memeriksa dan menilai kawalan pengurusan emolumen selaras dengan kewajipan
Akauntan Negara di bawah AP 138 dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia
LAPORAN TAHUNAN
56 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019