Page 56 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 56
BAHAGIAN KEWANGAN
PENGURUSAN PERUNTUKAN
KKM telah diperuntukan sejumlah RM28.678 bilion pada tahun 2019, di mana
RM26.498 bilion adalah untuk Bajet Mengurus (B42) dan RM2.180 bilion untuk
Bajet Pembangunan (P42).
PRESTASI PERBELANJAAN BAJET MENGURUS
Pada tahun 2019, KKM telah membelanjakan sebanyak RM27.678 bilion (104.45
peratus) daripada jumlah yang telah diperuntukkan. Bajet Mengurus bagi program
Perubatan merupakan peruntukan yang paling tinggi iaitu sebanyak RM13.583 bilion
(51.26 peratus) dan diikuti oleh peruntukan bagi Program Kesihatan Awam iaitu
sebanyak RM5.648 bilion (21.32 peratus). Jadual 3.1 menunjukkan peruntukan
dan perbelanjaan Bajet Mengurus mengikut program pada tahun 2019.
Jadual 3.1
Peruntukan dan Perbelanjaan Bajet Mengurus 2019 Mengikut Program
PERUNTUKAN PERBELANJAAN PERBELANJAAN
PROGRAM
(RM) (RM) (%)
Pengurusan 1,695,073,349 1,844,170,208 108.80
Perubatan 13,583,326,891 14,410,416,487 106.09
Kesihatan Awam 5,648,260,630 5,836,244,069 103.33
Kesihatan Pergigian 925,555,476 948,024,784 102.43
Perkhidmatan Farmasi 197,658,377 202,337,557 102.37
Penyelidikan & Sokongan 297,306,457 297,060,390 99.92
Teknikal
Keselamatan & Kualiti 90,762,310 92,636,759 102.07
Makanan
Program Khusus 4,060,373,810 4,047,845,664 99.69
JUMLAH 26,498,317,300 27,678,735,918 104.45
Nota: Perbelanjaan sebenar melebihi 100 peratus kerana peruntukan tambahan untuk pembayaran emolumen. Penyelarasan
ke atas perbelanjaan dibuat pada tahun berikutnya.
Sumber: Bahagian Kewangan, KKM
LAPORAN TAHUNAN
46 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019