Page 54 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 54

Sesi Profesionalisme Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Dengan Pegawai dan
            Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PTM & PPTM)

            Sesi  Profesionalisme  Ketua  Pegawai  Maklumat  (CIO)  dengan  PTM  &  PPTM  KKM
            untuk tahun 2019 telah diadakan pada 7 November 2019 di Dewan Serbaguna KKM,
            Putrajaya. Program ini telah dihadiri oleh 158 peserta terdiri daripada  PTM & PPTM
            dari ibu pejabat KKM, Jabatan Kesihatan Negeri, hospital, institusi dan kolej. Program
            ini merupakan platform untuk perkongsian maklumat dan pengetahuan terutamanya
            mengenai pelaksanaan program  ICT KKM  dan mengukuhkan lagi jaringan antara
            kakitangan ICT di KKM. Program sehari ini telah diisi dengan pelbagai acara iaitu Sesi
            Ucaptama dan Dialog Bersama CIO KKM, Sesi Technology Update dan Perkongsian
            Pintar.

            HALA TUJU


            BPM akan terus memainkan peranan penting dalam merealisasikan pencapaian visi,
            misi dan pelan strategik ICT KKM yang telah ditetapkan.


            RUMUSAN



            Kesimpulannya,  objektif  utama  Program  Pengurusan  adalah  untuk  membolehkan
            pencapaian visi dan misi KKM dengan menyediakan perkhidmatan sokongan seperti
            pembangunan sumber manusia, pentadbiran am, pengurusan kewangan, pengurusan
            sistem  maklumat dan  pembangunan  infrastruktur ICT. Pada  masa akan datang,
            penambahbaikan secara berterusan dan inovasi akan dilaksanakan bagi meningkatkan
            keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan di KKM.
































        LAPORAN TAHUNAN
    44  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59