Page 53 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 53
Jadual 2.16
Tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT KKM 2019
Mesyuarat Tarikh Mesyuarat
JPICT KKM Bil. 1/2019 22 Mac 2019
JPICT KKM Bil. 2/2019 31 Mei 2019
JPICT KKM Bil. 3/2019 2 Ogos 2019
JPICT KKM Bil. 4/2019 27 November 2019
Sumber: Bahagian Pengurusan Maklumat, KKM
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Projek ICT (JTI) pula telah diadakan sebanyak
lapan (8) kali (Jadual 2.17). Sebanyak 79 projek ICT telah diberi pertimbangan untuk
kelulusan teknikal sepanjang tahun 2019.
Jadual 2.17
Tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT KKM 2019
Mesyuarat Tarikh Mesyuarat
JTICT KKM Bil. 1/2019 21 Februari 2019
JTICT KKM Bil. 2/2019 4 Mac 2019
JTICT KKM Bil. 3/2019 30 April 2019
JTICT KKM Bil. 4/2019 13 Mei 2019
JTICT KKM Bil. 5/2019 17 Mei 2019
JTICT KKM Bil. 6/2019 8 Julai 2019
JTICT KKM Bil. 7/2019 27 Ogos 2019
JTICT KKM Bil. 8/2019 12 November 2019
Sumber: Bahagian Pengurusan Maklumat, KKM
Naziran Pematuhan Dasar Keselamatan ICT
Naziran Pengurusan Keselamatan Maklumat KKM adalah bertujuan untuk menyemak
dan memantau pematuhan fasiliti KKM ke atas pekeliling, dasar, akta serta surat
arahan yang berkaitan dengan keselamatan ICT. Selain daripada itu, naziran ini juga
bertujuan untuk melihat ketersediaan terhadap pelaksanaan Standard Information
Security Management System (ISMS) ISO/IEC 27001:2013. Pada tahun 2019, sebanyak
lima (5) fasiliti telah dipilih untuk melaksanakan naziran iaitu Hospital Sultanah
Aminah, Johor Bahru, Johor; Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor; Hospital
Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan; Hospital Miri, Miri, Sarawak; dan
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 43