Page 52 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 52
Sebanyak tiga (3) aplikasi baru yang dibangunkan secara in-house pada tahun 2019:
i. Sistem EHRI bertujuan untuk menyokong pelaksanaan Program Perlindungan
Kesihatan Alam Sekitar (PEKA) dengan menyediakan sistem pangkalan data
yang cekap dan mudah serta berupaya menjalankan analisa risiko kesihatan
alam sekitar untuk kegunaan pembuat keputusan (decision maker) di peringkat
KKM khususnya bagi membuat keputusan kawalan yang berkesan.
ii. Sistem VeDa dibangunkan selaras dengan “Panduan dan Prosedur
Verifikasi Data Penyebab Kematian Yang Tidak Disahkan Secara Perubatan
di Malaysia” bagi memastikan proses kerja lebih efisien, pemantauan lebih
berkesan dan menjamin keselamatan serta kerahsiaan maklumat Verbal
Autopsy (VA) di peringkat kebangsaan. Pengguna sistem ini terdiri daripada
Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Perangkaan Malaysia serta Kementerian
Kesihatan Malaysia di peringkat Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan
Negeri dan Klinik Kesihatan di seluruh negeri.
iii. Sistem MyMaHTAS merupakan satu aplikasi capaian mudah dan pantas ke
atas produk-produk keluaran Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan iaitu
Clinical Practice Guidelines (CPG), Health Technology Assessment (HTA),
Technology Review (TR) dan Horizon Scanning (HS) yang bertunjangkan kepada
evidence-based medicine dan value-based medicine bagi meningkatkan kualiti
penjagaan kesihatan di Malaysia. Pembangunan MyMahTAS merangkumi tiga
(3) komponen iaitu Portal, Sistem back-end dan Aplikasi Mudah Alih.
Bagi memastikan kesinambungan dan ketersediaan perkhidmatan, beberapa aplikasi
sedia ada telah melalui proses menaik taraf versi sistem dan penambahbaikan fungsi
dan komponennya iaitu Healthier Choice Logo, Sistem Tabung Bantuan Perubatan,
Penjagaan Kesihatan Premier, Sistem AP58(a), Sistem Maklumat Penguatkuasaan
Kesihatan Awam, Medical Practice Control System. Sistem Informasi Entomologi dan
Pest Atas Talian dan Sistem Maklumat Pengurusan Personel 2.0.
PELAKSANAAN PENGURUSAN PERUBAHAN DAN ICT CULTIVATION DI
KALANGAN KAKITANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN
Jawatankuasa Pemandu ICT KKM
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT KKM yang dipengerusikan bersama oleh
Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Kesihatan telah diadakan sebanyak empat (4)
kali (Jadual 2.16) iaitu:
LAPORAN TAHUNAN
42 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019