Page 51 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 51

MENINGKATKAN SISTEM, APLIKASI DAN PANGKALAN DATA


               Pemantapan HIS@KKM
               Projek ini merangkumi pembangunan Modul Clinical Documentation (CD), Operating
               Theater Management System (OTMS), Laboratory Information System (LIS), Central
               Sterile Supply Services Information System (CenSSIS), Radiology Information System
               (RIS)  dan  Picture  Archiving  and  Communication  System (PACS).  Modul  CD  versi
               basic telah dilaksanakan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam tempoh
               Provisional  Acceptance  Test (PAT).  Sementara itu  versi  lain  Modul  CD, Modul  LIS,
               CenSSIS dan OTMS masih dalam fasa User Acceptance Test (UAT).  Manakala Modul
               RIS dan PACS telah siap sepenuhnya dan telah digunakan di Hospital Raja Perempuan
               Zainab (HRPZ) dalam tempoh jaminan sehingga 1 November 2020.


               Teleprimary Care and Oral Health Clinical Information System (TPC-OHCIS)

               Sistem  TPC-OHCIS telah digunakan di  enam  (6) klinik kesihatan (KK)  dan  sepuluh
               (10) klinik pergigian (KP) di sekitar daerah Seremban, Negeri Sembilan. Pada tahun
               2019, dengan kerjasama MAMPU, beberapa siri pengujian prestasi sistem dengan
               menggunakan aplikasi Dynatrace telah dilaksanakan bagi membolehkan sistem ini
               diperluaskan ke seluruh KK dan KP.

               Pharmacy Information System (PhIS) and Clinic Pharmacy System (CPS)

               Sistem PhIS & CPS telah dilaksanakan di 1,247 fasiliti kesihatan. Pelaksanaan PhIS & CPS
               adalah di bawah Perjanjian Konsesi Penswastaan Makmal Ubat dan Stor, Kementerian
               Kesihatan Malaysia dengan Pharmaniaga Logistics Sdn. Bhd. (PLSB). Perjanjian konsesi
               ini telah tamat pada 30 November 2019 dan disambung secara interim selama 25
               bulan bermula daripada 1 Disember 2019 sehingga 31 Disember 2021.


               Pembangunan Aplikasi Dalaman Bagi KKM

               Dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan  penyampaian
               perkhidmatan kesihatan kerajaan kepada rakyat,  beberapa pembangunan  aplikasi
               baru dan penaiktarafan aplikasi sedia ada telah dilaksana sepenuhnya menggunakan
               kepakaran dalaman.



















                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  41
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56