Page 249 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 249
untuk memacu Malaysia sebagai destinasi pilihan dunia bagi penyelidikan ISR dengan
berfungsi sebagai pemboleh dan pemudahcara dalam penyelidikan klinikal. Pada
tahun 2019, sejumlah 278 Industry Sponsored Research (ISR) telah diluluskan oleh
MREC dan ini sejajar dengan misi Negara untuk mencapai 1000 penyelidikan klinikal
yang berterusan di Malaysia menjelang tahun 2020. Di samping itu, ICR dan CRC
telah berjaya memperolehi geran ekstramural berjumlah RM1,718,878.00 di mana
sebanyak 61.2 peratus dibiayai oleh penaja antarabangsa dan United State-National
Institute of Health (US-NIH) merupakan penyumbang utama geran untuk penyelidikan
malaria.
Tahun 2019 merupakan tahun yang penuh cabaran dan perlu bekerja keras bagi
memastikan proses migrasi berjalan lancar. Keseluruhannya, strategi yang dimulakan
oleh ICR semenjak penubuhan pada tahun 2000 amatlah memberangsangkan dan
ICR dengan rangkaian CRC sentiasa berjaya mencapai petunjuk prestasi utama
yang telah ditetapkan.Kini, ICR bercadang untuk (i) mewujudkan lebih banyak
hubungan strategik tempatan dan antarabangsa; (ii) mendapatkan lebih banyak
geran penyelidikan ekstramural yang kompetitif; dan (iii) terlibat secara aktif dalam
terjemahan dan penyebaran hasil penyelidikan, terutamanya ke dalam polisi dan
amalan harian klinikal. Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan
untuk penyelidikan dan merealisasikan Malaysia sebagai organisasi penyelidikan
klinikal terkemuka di Asia.
INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IHM)
TALENT GROOMING PROGRAMME FOR TECHNICAL HEALTHCARE PROFESSIONALS
(TGP)
TGP telah dilancarkan pada 2014 sebagai program yang sistematik bagi mengenal
pasti dan mengembangkan potensi kepimpinan. Pada tahun 2019, julung kalinya TGP
Inspirational Leadership Symposium dengan tema ‘The Building Blocks of Leadership’
telah diadakan pada 3 hingga 4 Julai 2019 di Kompleks NIH. Plenari telah disampaikan
oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr Jeffrey Cheah (Pengasas dan Pengerusi, Sunway
Group) bertajuk ‘Leadership: The Sunway Story’ dan YBhg. Datuk Prof Dr Che Muhaya
Haji Mohamad (Konsultan Pakar Pembedahan Mata dan Pengarah Prof Muhaya Eye
& LASIK Centre (PMELC)) bertajuk ‘Leading with Compassion’ (Imej 6.17). MyTGP
(http://mytgp.ihm.moh.gov.my/) telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah
Kesihatan pada 3 Julai 2019 bersempena dengan Simposium Kepimpinan Inspirasional
TGP (Imej 6.18).
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 239