Page 250 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 250
Imej 6.17
Simposium TGP Inspirational Leadership
Sumber: Institut Pengurusan Kesihatan (IHM), KKM
Imej 6.18
Pelancaran MyTGP oleh Ketua Pengarah Kesihatan 3 Julai 2019 di Komplek NIH
Sumber: Institut Pengurusan Kesihatan (IHM), KKM
LEAN HEALTHCARE
Bermula tahun 2019, aktiviti Lean Healthcare telah berpindah ke Institut Pengurusan
Kesihatan. Tahun 2019, Lean Healthcare fokus kepada model kelestarian kesihatan
selain meneruskan aktiviti-aktiviti asas berkaitan kajian, latihan dan konsultasi.
Sebanyak dua (2) buah modul telah berjaya dihasilkan iaitu MyLean Awareness
Module dan MyLean Project Module. Modul ini boleh digunakan sebagai rujukan dan
panduan kepada semua kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia. http://www.
ihm.moh.gov.my/index.php/lean-healthcare.
MALAYSIAN TECHNICAL COOPERATION PROGRAMME-EPIDEMIOLOGICAL
INTELLIGENCE MANAGEMENT PROGRAMME (MTCP-EIMP)
MTCP-EIMP telah dimulakan di Institut Pengurusan Kesihatan (IHM) sejak tahun
2007. Kursus tersebut melibatkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang berkaitan
epidemiologi dan merupakan kolaborasi antara IHM, IMR, Bahagian Kawalan Penyakit
KKM dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan. Seramai 15 peserta telah dipilih dari
11 buah negara yang berlainan (Imej 6.19).
LAPORAN TAHUNAN
240 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019