Page 251 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 251
Imej 6.19
Peserta MTCP EIMP 2019
Sumber: Institut Pengurusan Kesihatan (IHM), KKM
INSTITUT PENYELIDIKAN SISTEM KESIHATAN (IHSR)
Melalui pengiktirafan sebagai Pusat Kerjasama WHO bagi Penyelidikan Sistem
Kesihatan dan Penambahbaikan Kualiti, IHSR bekerjasama dengan pihak WHO serta
agensi lain dalam kajian yang memberi fokus kepada pengukuhan sistem kesihatan
dan kualiti penjagaan, serta membina modal insan yang penuh semangat. Di peringkat
kebangsaan, IHSR juga diiktiraf sebagai Sekretariat Program Penambahbaikan
Kualiti (QA) KKM yang berperanan sebagai pusat penyelarasan untuk latihan dan
pembangunan Program QA di seluruh negara.
IHSR turut terlibat dalam membangunkan “ASEAN Recommendation on Quality Health
Care in Primary Care”. Konvensyen Quality Assurance (QA) peringkat kebangsaan
yang ke-10 juga telah diadakan, bertema “Quality-Driven Healthcare: The Heart of
Universal Health Coverage”, yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan
(Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), YBhg. Datuk Dr. Christopher Lee, dan disertai
pelancaran Coffee Table Book QA berjudul The Decades-Long QA Odyssey (Imej 6.20).
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 241