Page 247 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 247
Imej 6.15
Pengumpulan Data NHMS 2019
Sumber: Institut Kesihatan Umum (IKU), KKM
INSTITUT PENYELIDIKAN KLINIKAL (ICR)
NIH telah mendapat kelulusan penstrukturan semula pada bulan disember 2019 dan
Pusat Penyelidikan Klinikal Kebangsaan (National CRC) telah menukar nama kepada
Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) supaya setara dengan institut yang lain di bawah NIH,
manakala rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) masih dikenali sebagai rangkaian
CRC atau CRC hospital. Pada tabun 2019, terdapat penubuhan tiga (3) CRC hospital
baru di Hospital Bintulu, Hospital Tawau, dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala
Lumpur, menjadikan keseluruhan 36 CRC hospital di rangkaian. ICR dan rangkaian CRC
merupakan cabang penyelidikan klinikal KKM dan bertanggungjawab mengukuhkan
kapasiti penyelidikan klinikal di semua kemudahan kesihatan KKM. Fungsi utama
adalah mengurus, memberi panduan dan menjalankan aktiviti penyelidikan klinikal
berimpak tinggi yang akan meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan Malaysia.
MESYUARAT SAINTIFIK MOH-AMM KE-13
Mesyuarat Saintifik Kementerian Kesihatan Malaysia-Akademi Perubatan Malaysia
(MOH-AMM) Ke-13 Sempena Seminar Saintifik NIH Ke-21 telah diadakan di Kompleks
NIH, Setia Alam pada 27 hingga 29 Ogos 2019. Sejajar dengan visi KKM, tema acara
dwitahunan pada tahun ini ialah “Penjagaan Terintegrasi Rakyat”. YB Datuk Seri Dr.
Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan telah merasmikan majlis tersebut. Seramai 24
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 237