Page 245 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 245
Imej 6.13
Majlis Kick-Off Pembebasan Telur Nyamuk Aedes aegypti yang Dijangkiti oleh
Wolbachia oleh Menteri Kesihatan pada 7 Julai 2019
Sumber: Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), KKM
INSTITUT KESIHATAN UMUM (IKU)
Kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi iaitu National Health and
Morbidity Survey (NHMS) merupakan tinjauan kesihatan yang dijalankan di Malaysia
sejak 1986. Sejak 2011, memandangkan pentingnya hasil tinjauan, kerajaan telah
memutuskan untuk menjalankan tinjauan kesihatan setiap tahun, dalam pusing
empat (4) tahun, di mana tahun pertama setiap pusingan memfokuskan skop
penyakit tidak berjangkit dan permintaan jagaan kesihatan. NHMS 2019 merupakan
tinjauan pertama pusingan ke-enam (6) tinjauan kesihatan kebangsaan dan morbiditi,
mengkaji trend penyakit berjangkit dan faktor-faktor risiko penyakit berjangkit serta
permintaan jagaan kesihatan, sejak 1986 dengan tinjauan yang sebelum ini dijalankan
pada tahun 2015. Selain itu, NHMS 2019 juga telah mengkaji skop literasi kesihatan.
Tinjauan ini melibatkan semua negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia dan telah
dijalankan dari 14 Julai hingga 1 Oktober 2019, serentak di seluruh Malaysia (Imej
6.14).
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 235