Page 248 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 248
penceramah tempatan dan dua (2) penceramah dari luar negara dari pelbagai disiplin
yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang masing-
masing telah terlibat dalam pembentangan dan perbincangan penyelidikan dalam
mesyuarat ini (Imej 6.16). Mesyuarat saintifik kali ini merupakan acara pertama
dan terbesar yang diadakan di Kompleks NIH Setia Alam yang mendapat sambutan
menggalakkan dari 888 peserta berdaftar dan 253 pembentangan poster. Di majlis
ini juga, Penganugerahan dan Penyerahan AMM Fellowship diadakan dan sejumlah
149 inductees telah dilantik sebagai ahli biasa dan 14 telah dianugerahkan Fellowship
AMM. Penganugerahan ini telah disampaikan oleh YBhg.Tan Sri Dato’ Seri Rafidah
Aziz.
Imej 6.16
Mesyuarat Saintifik MOH-AMM Ke-13
Sumber: Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), KKM
MESYUARAT RANGKAIAN CRC
Mesyuarat rangkaian CRC telah diadakan sebanyak tiga (3) kali untuk tahun 2019.
Dalam mesyuarat ini, Dato’ Dr. Goh Pik Pin (Pengarah, ICR) mengucapkan tahniah
kepada semua Hospital CRC atas pencapaian yang cemerlang pada tahun 2019 dan
menggalakkan semua kakitangan untuk meneruskan komitmen dalam menyediakan
perundingan dan latihan penyelidikan kepada penyelidik di samping melaksanakan
penyelidikan klinikal yang berimpak.
PENCAPAIAN PENYELIDIKAN
ICR bekerjasama dengan rangkaian CRC bertanggungjawab menjalankan dan
mempromosi industry sponsored research (ISR). ISR merupakan salah satu projek
permulaan (EPP) dalam Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) yang mana ICR-
CRC bersama-sama dengan Clinical Research Malaysia (CRM) telah diberi mandat
LAPORAN TAHUNAN
238 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019