Page 253 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 253

INSTITUT PENYELIDIKAN TINGKAH LAKU KESIHATAN (IPTK)


               Institut Penyelidikan Tingkah laku Kesihatan (IPTK) menawarkan perkhidmatan dalam
               penyelidikan  yang  berkaitan  dengan  bidang  perkembangan  diagnosis  tingkah  laku
               kesihatan, tingkah laku yang berkaitan dengan penyakit berjangkit, kajian penilaian
               intervensi promosi kesihatan, pembangunan alat untuk penilaian hasil program, kajian
               dalam Literasi Kesihatan, kajian terhadap tingkah laku berisiko, kajian terhadap kualiti
               hidup dan kajian berkaitan kepuasan pesakit terhadap perkhidmatan kesihatan.


               SIMPOSIUM PROMOSI KESIHATAN 2019

               Simposium  Promosi  Kesihatan  (HPSS  2019)  telah  berjaya  dianjurkan  oleh  Institut
               Penyelidikan Tingkah laku Kesihatan dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Kesihatan
               dan Persatuan Promosi Kesihatan Malaysia (MAHEO) pada 1 dan 2 Oktober 2019 di
               Kompleks Institut Kesihatan Nasional Setia Alam, Selangor. Bilangan poster dan lisan
               yang dibentangkan ialah  sebanyak 33 penyertaan dengan seramai 200 peserta di
               seluruh Malaysia. Tema Simposium ialah “Research to Practice: Towards Sustainable
               Healthy Behaviour”, simposium ini telah menjadi platform untuk menyatukan para
               profesional  kesihatan dari  pelbagai bidang  bagi  berkongsi  pengalaman, amalan
               terbaik dan penemuan penyelidikan yang berharga dalam bidang promosi kesihatan
               dan  penyelidikan kesihatan dan  bagaimana  kedua-dua  aspek utama ini  dapat
               diseimbangkan bersama-sama bagi mengubah tingkah laku kesihatan yang lebih baik
               untuk kesejahteraan rakyat Malaysia (Imej 6.22).

                                                    Imej 6.22
                              Majlis Perasmian Simposium Promosi Kesihatan 2019





























                                   Sumber: Institut Penyelidikan Tingkah laku Kesihatan (IPTK), KKM



                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  243
   248   249   250   251   252   253   254   255   256   257   258