Page 254 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 254

MALAYSIAN JOURNAL OF HEALTH PROMOTION (MJHP)

            Malaysian  Journal  of  Health  Promotion  (MJHP) adalah  jurnal  pertama berkaitan
            aspek promosi kesihatan yang akan diterbitkan setahun sekali. MJHP berhasrat untuk
            menerbitkan artikel berkualiti tinggi berkaitan aspek promosi kesihatan di Malaysia
            dan akan menjadi platform untuk penyebaran hasil penyelidikan. Jenis artikel jurnal
            termasuk,  penyelidikan  asli,  artikel  semakan,  laporan  pendek,  amalan  terbaik,
            kajian kes, kaedah, dan penilaian Program Promosi Kesihatan yang mempengaruhi
            pengetahuan, tingkah laku, dan amalan berkaitan kesihatan.


            PENILAIAN DAN PEMANTAUAN TAHAP LITERASI KESIHATAN PENDUDUK MALAYSIA

            Penilaian  dan  pemantauan  terhadap  literasi  kesihatan  penduduk  adalah  penting
            dalam membolehkan para pembuat dasar merancang dan melaksanakan program
            promosi kesihatan yang berkesan berdasarkan kepada keperluan sebenar dan kapasiti
            penduduk. Untuk menangani isu ini, IPTK telah bekerjasama dengan Institut Kesihatan
            Awam (IKU) untuk menjalankan Kajian Literasi Kesihatan sempena Tinjauan Morbiditi
            Kesihatan Negara 2019 (NHMS 2019). Dalam NHMS 2019, instrumen kajian literasi
            kesihatan yang baru dibangunkan, HLS-M-Q18  digunakan untuk mengukur tahap
            Literasi Kesihatan masyarakat Malaysia. Soal selidik ini adalah versi yang disesuaikan
            dengan Kajian Kesihatan Literasi Eropah, HLS-EU-Q47. Ia merangkumi tiga (3) domain
            utama; penjagaan kesihatan, pencegahan penyakit dan promosi kesihatan. Penemuan
            dari tinjauan kesihatan ini akan digunakan untuk merangka inisiatif dan pelan tindakan
            ke arah pembangunan dasar Literasi Kesihatan peringkat kebangsaan.


            HALA TUJU NIH

            Penyelidik  NIH  sebagai  agen  perubahan,  memainkan  peranan  penting  dalam
            menjalankan  penyelidikan  kesihatan  berasaskan  bukti  yang  berimpak  tinggi  untuk
            diterjemahkan kepada dasar dan amalan bagi meningkatkan inovasi dan kemajuan
            dalam bidang penjagaan kesihatan.

            Pada  2019,  NIH  mengambil  inisiatif  melibatkan  universiti  awam  dan  swasta
            untuk memulakan  kerjasama dan  menyelaras penyelidikan  kesihatan  negara.
            Bagi menggalakkan ekosistem  penyelidikan kesihatan yang inklusif,  NIH  akan
            membangunkan bidang keutamaan penyelidikan kesihatan negara dengan kerjasama
            pihak berkepentingan untuk Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) yang akan
            datang.













        LAPORAN TAHUNAN
    244  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   249   250   251   252   253   254   255   256   257   258   259