Page 246 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 246
Imej 6.14
Kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019
Sumber: Institut Kesihatan Umum (IKU), KKM
Tinjauan ini merupakan hasil kerjasama antara tiga (3) institut kesihatan negara,
Institut Kesihatan Umum (IKU), Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IPSK) dan
Institut Penyelidikan Tingkah laku Kesihatan (IPTK). Di bawah seliaan Dr. Tahir Aris,
Pengarah IKU dan Penasihat NHMS 2019, Penyelidik Utama kajian ini, Dr. Shubash
Shander Ganapathy dari IKU telah menjalankan tinjauan ini bersama Penyelidik
Bersama Dr. Muhamad Fadhli Mohd Yusoff dari IKU, Pn Suhana Jawahir dari IPSK dan
Pn. Komathi Perialathan dari IPTK. Bersama kerjasama dari Jabatan Kesihatan Negeri,
beratusan jururawat, pembantu pegawai kesihatan dan penolong pegawai kesihatan
persekitaran dari seluruh Malaysia telah turut serta terlibat dalam tinjauan NHMS
2019. Seramai 285 orang Pegawai Sambilan Harian telah dilantik sepanjang tempoh
tinjauan untuk pengumpulan data dan lebih 50 orang penyelia lapangan, iaitu pegawai
pegawai dari ketiga-tiga institut, juga turut bersama pasukan pengumpul data di
lapangan semasa tempoh pengumpulan data.
Bagi tujuan pengumpulan data NHMS 2019, lebih 12,000 rumah telah dilawati di seluruh
Malaysia. Hampir 10,000 rumah telah berjaya ditemuramah dengan berjaya, iaitu lebih
4,700 rumah ditemuramah untuk modul NCD dan lebih 5,300 rumah ditemuramah
untuk modul HCD. Walaupun pelbagai cabaran dihadapi pasukan pengumpul data,
adalah dibanggakan bahawa kita berjaya menjalankan kajian pada 87.2 peratus
responden yang layak dan terpilih untuk kajian ini, iaitu lebih 30,000 responden telah
ditemuramah dalam kajian NHMS 2019. Respon yang membanggakan ini adalah hasil
usaha semua pasukan yang telah berusaha menghadapi cabaran kajian lapangan.
Kajian NHMS 2019 adalah penting untuk mendapatkan maklumat dan menentukan
perubahan dalam permintaan jagaan kesihatan dan beban penyakit berjangkit serta
faktor-faktor risiko penyakit tidak berjangkit di Malaysia. Hasil daripada kajian ini
adalah amat penting dan akan digunakan bagi menyokong dan merangka strategi
dan inisiatif program yang sesuai dilaksanakan dalam kalangan rakyat Malaysia oleh
Bahagian Kawalan Penyakit dan Kementerian Kesihatan Malaysia, serta Kementerian
dan institusi lain di Malaysia (Imej 6.15).
LAPORAN TAHUNAN
236 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019