Page 244 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 244
Imej 6.12
Dr. Nazni Wasi Ahmad (Pakar Entomologi IMR) Memberi Penerangan Kepada
Dr. Takeshi Kasai Tentang Projek Wolbachia
Sumber: Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), KKM
MAJLIS KICK-OFF PEMBEBASAN TELUR NYAMUK AEDES AEGYPTI YANG DIJANGKITI
OLEH WOLBACHIA OLEH MENTERI KESIHATAN PADA 7 JULAI 2019
Majlis Kick-Off telah dianjurkan dimana Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly
Ahmad melancarkan pembebasan telur nyamuk Aedes aegypti yang dijangkiti oleh
Wolbachia sebagai langkah kawalan jangkitan virus denggi. Turut hadir dalam
majlis ini adalah YB. Pn. Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh. Ia diadakan di sebuah
kawasan perumahan iaitu Apartment Sri Rakyat, Jalan 14/155C, Bukit Jalil di Kuala
Lumpur. Komuniti telah dilibatkan berkaitan strategi baru yang berinovasi sebelum
pembebasan ini dilakukan. Dalam Fasa 1 sebelas kawasan hotspot denggi telah dipilih
di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pembebasan telur nyamuk Aedes
aegypti yang dijangkiti Wolbachia ini telah disiarkan dalam Malaysia Hari Ini TV3 pada
9 Julai 2019 (Imej 6.13).
LAPORAN TAHUNAN
234 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019