Page 243 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 243
Sepanjang tahun 2019, kami telah menjalankan sebanyak 771 projek penyelidikan
kesihatan termasuk projek kolaborasi dengan agensi-agensi lain. Walaupun
menghadapi pelbagai cabaran di permulaan, NIH berjaya menerbitkan 444 artikel
dalam pelbagai jurnal tempatan atau antarabangsa (Rajah 6.7) dan lebih kurang 500
hasil penyelidikan dalam bentuk laporan teknikal, research highlight, research brief,
infografik dan lain-lain.
Rajah 6.7
Pencapaian NIH 2019
Sumber: NIH- IMR, IPH, ICR, IHM, IHSR, IHBR
INSTITUT PENYELIDIKAN PERUBATAN (IMR)
LAWATAN OLEH TYT DR. TAKESHI KASAI, WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO)
REGIONAL DIRECTOR FOR THE WESTERN PACIFIC PADA 10 JULAI 2019
TYT Dr. Takeshi Kasai telah melawat Makmal Wolbachia di Unit Entomologi
Perubatan, Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit, IMR di Jalan Pahang. Beliau sangat
tertarik dengan projek Kolaborasi antara Universiti Glasgow, Universiti Melbourne
dan IMR bertajuk “Field Evaluation on the impact of Wolbachia infected Aedes
albopictus and Aedes aegypti on dengue and chikungunya transmission” (NMRR-16-
28898) yang dibiayai oleh Wellcome Trust. Strategi ini menunjukkan potensi yang
memberangsangkan dalam mengawal dan mencegah penyakit bawaan nyamuk
terutama denggi, chikungunya dan Zika (Imej 6.12).
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 233