Page 242 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 242
vi. Mesyuarat diantara KKM, ORS dan pelbagai agensi/kementerian bagi cadangan
penggantian Cesium-137 penyinaran darah kepada teknologi alternative, 9
hingga 10 Julai 2019
vii. International Conference on Non-Ionizing Radiation (ICNIR)-penganjuran
bersama pihak Agensi Nuklear Malaysia, 1 hingga 3 Oktober 2019
viii. Lawatan bersama ORS dan KKM bagi menilai tahap kemudahan sekuriti
fizikal kemudahan gamma-knife di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia,
4 Disember 2019
HALA TUJU
Keselamatan sinaran perubatan menjadi semakin penting kerana ia akan menjadi
salah satu faktor penyumbang untuk meningkatkan kualiti penggunaan radas
penyinaran dan bahan radioaktif. BKRP akan menyediakan kepakaran, keupayaan
teknikal dan teknologi maklumat berkaitan sinaran mengion dan sinaran tak mengion
untuk perlindungan sinaran yang lebih baik kepada pesakit, pekerja dan orang awam.
Penubuhan BKRP adalah untuk memperkukuh dan memperluaskan aktiviti
keselamatan sinaran perubatan sedia ada bagi mematuhi semua standard dan
keperluan peraturan semasa berkaitan dengan keselamatan, sekuriti dan kawal seliaan
untuk keperluan perkhidmatan KKM. BKRP akan terus menyediakan kawalan yang
berkesan dan cekap ke atas penggunaan sinaran mengion dalam bidang perubatan
untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pesakit, pekerja dan orang awam
terjamin melalui pendekatan transformasi, teknologi, inovasi dan kualiti.
Di samping itu, aktiviti dan program yang sedia ada akan diperluaskan sejajar dengan
perkembangan teknologi yang melibatkan penggunaan modaliti sinaran untuk
memenuhi keperluan perubatan yang kompleks di samping mematuhi standard dan
peraturan semasa yang ditetapkan. Ini termasuk usaha-usaha untuk memperluaskan
skop aktiviti berkaitan kawalan sekuriti bahan radioaktif dan sebaran maklumat kepada
orang awam. Usaha-usaha ini adalah sejajar dengan visi dan misi yang ditetapkan
oleh Kementerian Kesihatan.
INSTITUT KESIHATAN NEGARA (NIH)
NIH merupakan pusat penyelidikan kesihatan utama bagi Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dengan misi menjalankan penyelidikan, latihan dan konsultansi yang
berkesan dan berimpak tinggi bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat negara ini.
Kami berbangga untuk pertama kalinya dalam sejarah, kesemua enam institut
digabungkan di bawah satu bumbung di kompleks NIH, Setia Alam dan beroperasi
sepenuhnya dengan struktur organisasi yang baru. Proses migrasi kesemua institusi
ke kompleks NIH telah bermula pada Disember 2018 dan tamat pada April 2019.
LAPORAN TAHUNAN
232 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019