Page 240 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 240
Di samping itu, sebanyak 20 lawatan audit telah dilakukan ke atas Syarikat
Juruperunding Fizik Perubatan yang melakukan ujian kawalan kualiti di premis-premis
swasta dan di mana kesemua pengujian yang dilakukan mematuhi prosedur pengujian
yang telah diluluskan.
Pada tahun 2019 sebanyak dua (2) tindakan serbuan telah dilakukan masing-masing
ke atas Klinik Pengamal Perubatan Am dan Klinik Pergigian Swasta kerana memiliki
radas penyinaran tanpa mempunyai lesen yang sah. Satu (1) kertas siasatan telah
dibuka dan satu (1) kes telah ditutup. Pada tahun 2019 juga, sebanyak dua (2) Klinik
Pergigian Swasta telah diambil tindakan mahkamah atas kesalahan di bawah Akta 304
dan dikenakan hukuman.
PERKHIDMATAN FIZIK PERUBATAN
Pada tahun 2019, sebanyak 1,081 khidmat nasihat teknikal yang berkaitan dengan
Sinaran Mengion (IR) dan Sinaran Tidak Mengion (NIR) telah diberikan kepada hospital
dan klinik di bawah KKM. Maklumat terperinci adalah seperti yang disenaraikan dalam
Jadual 6.19
Jadual 6.19
Khidmat Nasihat Teknikal Berkaitan Sinaran Mengion (IR) dan Sinaran Tidak
Mengion (NIR)
Jenis Aktiviti Jumlah
Penyediaan dan penilaian spesifikasi 151
Khidmat Nasihat dan Pengujian & Pentauliahan (T&C) 266
Khidmat nasihat teknikal berkaitan sinaran tak mengion (NIR) 10
Verifikasi laporan QC radas penyinaran 219
Verifikasi laporan QC yang disediakan oleh Juruperunding Kelas H 34
Lawatan pemeriksaan ke atas fasiliti kerajaan bagi mengesahkan sijil 400
QC radas penyinaran
Kawalan sekuriti penggunaan bahan radioaktif dibawah kategori 1 1
Jumlah 1,081
Sumber: Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, KKM
LAPORAN TAHUNAN
230 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019