Page 165 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 165

Dari  aspek pencapaian,  pemprosesan  permohonan  yang kian  meningkat dari  segi
               bilangan  dan  kompleksiti  tanpa  penambahan  sumber  yang  signifikan  di  CKAPS
               merupakan satu bentuk kejayaan. Walau bagaimanapun, CKAPS juga telah mengadakan
               dialog dengan Malaysian Hospice Council pada 23 November 2019. Lanjutan itu, 12
               permohonan Borang 1 untuk menyediakan permohonan perkhidmatan hospis tanpa
               kemudahan telah diterima dan diproses.

                                                    Imej 5.3
                       Dialog Bersama Malaysian Hospice Council pada 23 November 2019




















                                    Sumber : Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, KKM

               SEKTOR PENILAIAN PERKHIDMATAN (SPP)

               Fungsi Sektor Penilaian Perkhidmatan
               Sektor  Penilaian  Perkhidmatan  terdiri  daripada  Unit  Aduan,  Unit  Penilaian  Kualiti,
               Unit Penguatkuasaan dan Unit Pendakwaan.

               Skop  dan  fungsi  Unit  Aduan  adalah  mengawal  selia  dan  memantau  pelaksanaan
               tatacara ketidakpuasan hati pesakit oleh KPJKS, menjalankan siasatan ke atas KPJKS
               berkaitan aduan yang diterima oleh CKAPS HQ dan CKAPS JKN/JKWP dan memantau
               dan mengambil tindakan lanjut ke atas laporan pengendalian aduan atau penyiasatan
               yang dikemukakan kepada CKAPS.


               Tugas dan fungsi utama Unit Penilaian Kualiti adalah:

               (a)   Mengendalikan  notifikasi  insiden  yang  tidak  dapat  diramalkan  atau  tidak
                     dijangka  (Incident Reporting) – IR-1;
               (b)   Mengendalikan laporan ringkasan statistik kejadian yang tidak dapat diramalkan
                     atau tidak dijangka (Incident Reporting ) – IR-2A dan IR-2B;
               (c)   Mengendalikan notifikasi kematian boleh nilai (Assessable Death) – AD;
               (d)   Menyelaraskan  penubuhan  Mesyuarat  Jawatankuasa  Penilaian  Kematian
                     Kebangsaan (JPKK);
               (e)   Mengendalikan  kes  kematian  lain-lain  (kematian  ibu,  kematian  kanak-kanak
                     bawah 5 tahun dan kematian denggi);





                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  155
   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170