Page 166 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 166
(f) Melakukan lawatan pemantauan bagi tujuan jaminan kualiti (Quality Assurance)
di KPJKS secara berkala;
(g) Mengemas kini dan menganalisa data berkaitan notifikasi-notifikasi Incident
Reporting dan Assessable Death; dan
(h) Menyediakan draf arahan, perintah, garis panduan atau Standard Operating
Procedure (SOP) berhubungan dengan kualiti dan piawaian KPJKS.
Tugas dan fungsi utama Unit Penguatkuasaan adalah menyelaras dan menjalankan
aktiviti penguatkuasaan yang meliputi aktiviti risikan, serbuan dan siasatan.
Tugas dan fungsi utama Unit Pendakwaan adalah:
(a) Menyemak kertas siasatan dan membantu Timbalan Pendakwaraya (TPR) dalam
sebutan kes serta persediaan kes-kes yang dibicarakan di mahkamah;
(b) Menyemak kertas siasatan dan mendapatkan izin kompaun daripada Timbalan
Pendakwaraya; dan
(c) Mencadangkan nilai kompaun untuk dipersetujui oleh Ketua Pengarah
Kesihatan.
Pencapaian Sektor Penilaian Perkhidmatan
Sepanjang 2019, CKAPS telah menerima sebanyak 516 aduan melibatkan KPJKS bawah
Akta 586 seperti di Rajah 5.11.
Rajah 5.11
Jumlah Aduan Mengikut Kemudahan yang Dikawal selia Di Bawah Akta 586 Bagi
Tahun 2019
Nota: Tiada aduan yang diterima melibatkan bank darah swasta, kemudahan gabungan swasta, hospital psikiatri
swasta, hospis swasta dan bank darah swasta.
Sumber: Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, KKM
LAPORAN TAHUNAN
156 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019