Page 169 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 169
BAHAGIAN KEJURURAWATAN
Bahagian Kejururawatan dibahagikan kepada dua (2) cawangan iaitu Cawangan Dasar
& Amalan Kejururawatan dan Cawangan Regulatori. Cawangan-cawangan tersebut
pula dibahagikan kepada enam (6) Sektor iaitu:
a. Sektor Amalan (Hospital & Kesihatan Awam)
b. Sektor Kualiti & Latihan
c. Sektor Pendaftaran & Penguatkuasaan
d. Sektor Standard & Akreditasi
e. Sektor Pengurusan Korporat
f. Sekretariat (Lembaga Jururawat Malaysia & Lembaga Bidan Malaysia)
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
UNIT AMALAN KEJURURAWATAN (HOSPITAL & KESIHATAN AWAM)
Unit ini menjalankan aktiviti lawatan penyeliaan dan pemantuan ke fasiliti hospital
dan kesihatan awam bagi mengenal pasti tahap penyampaian perkhidmatan
kejururawatan serta pematuhan kepada polisi, garis panduan dan Standard Operating
Prosedure amalan kejururawatan. Sebanyak 49 buah fasiliti telah dilawati iaitu 20
hospital, dua (2) institut, satu (1) poliklinik, 19 Klinik Kesihatan (KK), empat (4) Klinik
Desa (KD) dan tiga (3) lawatan ad-hoc. Unit ini juga menganjur dan menyelaras
seminar, latihan dan kursus.
Jadual 5.18
Aktiviti Yang Dijalankan Pada Tahun 2019
Seminar/Latihan/
Bil Tarikh Sasaran
Kursus
1. Seminar Kesihatan 31 Julai 2019 Dihadiri oleh 288 orang jururawat
Mental Dalam Kalangan pelbagai katogeri dari seluruh
Jururawat negeri.
2. Bengkel LEAN 17 hingga 19 Memurnikan dan menyiapkan
Healthcare September projek LEAN yang telah dikenal
2019 pasti untuk dapat dijadikan model
atau panduan jururawat dalam
pengurusan pesakit di hospital –
hospital Kementerian Kesihatan
Malaysia.
3. Mini Simposium dan 1 dan 2 Dihadiri oleh 340 orang Diabetes
Hari Penjagaan Kaki Oktober Nurse Educator termasuk AJK.
Pesakit Diabetes 2019
Sumber: Bahagian Kejururawatan, KKM
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 159