Page 162 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 162
Unit-unit lain dalam sektor ini, berfungsi bagi memproses permohonan berkenaan
kelulusan dan pelesenan KPJKS seperti permohonan pra-penubuhan, kelulusan, lesen
baru, pembaharuan lesen, kelulusan peluasan, pindah hakmilik, pindaan butiran
lesen atau kelulusan, salinan pendua lesen atau kelulusan, pelupusan dan tarik balik
permohonan serta permohonan carian ke atas atau cabutan daripada pendaftaran.
Selain itu, unit-unit ini juga bertanggungjawab untuk menjalankan lawatan
verifikasi, lawatan pemeriksaan, mengeluarkan notis tunjuk sebab dengan niat
untuk menggantung kelulusan, lesen atau perakuan pendaftaran atau keengganan
memperbaharui lesen, serta menjalankan latihan kepada staf CKAPS HQ dan CKAPS
JKN/JKWP.
Pencapaian Sektor Teknikal dan Operasi
Secara amnya, industri jagaan kesihatan swasta negara sedang berkembang pesat,
didorong oleh usaha Kerajaan menggalakkan pelancongan kesihatan serta usaha
mengurangkan beban di fasiliti jagaan kesihatan Kerajaan. Peningkatan bilangan
KPJKS daripada tahun 2014 hingga 2019 dapat dilihat pada Jadual 5.17.
Jadual 5.17
Bilangan KPJKS Berdaftar Dan Berlesen Dari Tahun 2014 Hingga 2019
Jenis KPJKS 2014 2015 2016 2017 2018 2019
Hospital 184 183 187 200 210 208
Pusat Jagaan Ambulatori 66 63 73 100 117 128
Pusat Hemodialisis 336 407 423 450 479 506
Rumah Bersalin 16 14 10 16 18 18
Rumah Jagaan Kejururawatan 19 16 17 22 21 21
Rumah Jagaan Kejururawatan 0 0 0 0 0 1
Psikiatrik
Hospital Psikiatrik 0 0 0 0 0 0
Bank Darah 4 3 4 4 5 5
Pusat Kesihatan Mental 1 1 1 1 1 2
Masyarakat
Hospis 1 3 2 2 3 3
Kemudahan Gabungan 1 2 2 2 2 2
Klinik Perubatan 6,978 7,146 7,335 7,571 7,718 7,988
Klinik Pergigian 1,578 1,867 1,992 2,137 2,311 2,506
Sumber : Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, KKM
LAPORAN TAHUNAN
152 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019