Page 161 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 161

Imej 5.2
                          Pelancaran Empat Handbook di APHM Conference oleh YBMK






















                                    Sumber: Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, KKM

               Selain daripada itu, tiga (3) Bengkel Dealing with Construction Permits (DCP) telah
               dianjurkan  pada  2019,  di  mana  bengkel-bengkel ini  telah  dihadiri  oleh  medical
               planners, jurutera, arkitek dan pemilik hospital yang berminat untuk meningkatkan
               pengetahuan  berkenaan  keperluan  perundangan  bagi  penubuhan  hospital  swasta
               bawah Kementerian Kesihatan.

               Salah satu kejayaan CKAPS pada tahun 2019 adalah penerbitan dua (2) Arahan YB
               Menteri Kesihatan bawah Akta 586. Arahan YBMK yang pertama adalah berkenaan
               pelantikan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Swasta dan arahan yang kedua, adalah garis
               panduan bagi klinik perubatan swasta yang berminat bagi mendapatkan kelulusan
               untuk menyediakan kemudahan health screening booth. Kedua-dua arahan ini boleh
               dimuat  turun  dari  laman  sesawang  Bahagian  Amalan  Perubatan  di  http://www.
               medicalprac.moh.gov.my.

               SEKTOR TEKNIKAL & OPERASI (STO)

               Fungsi Sektor Teknikal dan Operasi
               Terdapat lima  (5) unit di bawah STO iaitu : Unit Klinik, Unit Hemodialisis, Unit Psikiatri,
               Nursing Home dan  Hospice (PNH)  dan Unit Ambulatory Care Centre,  Blood  Bank,
               Maternity Home dan Combined (ABMG).

               Fungsi utama Unit Klinik ialah memproses permohonan berkaitan klinik perubatan
               swasta  dan  klinik  pergigian  swasta;  pendaftaran,  pindah  hakmilik  perakuan
               pendaftaran,  pindaan  kepada  perakuan  pendaftaran  (COR),  salinan  pendua,
               pembatalan, pelupusan perakuan pendaftaran, tarik balik permohonan dan carian ke
               atas atau cabutan daripada pendaftaran klinik.










                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  151
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166