Page 160 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 160
(c) Menyenggara proses pengeluaran Perakuan Pendaftaran, Perakuan Kelulusan
Menubuhkan, Perakuan Kelulusan Peluasan dan Lesen supaya dapat dikeluarkan
dalam tempoh yang ditetapkan;
(d) Membantu Timbalan Pengarah CKAPS menyenggara hal-hal pentadbiran seperti
hal ehwal personel, perjawatan, latihan, pengurusan aset dan kenderaan;
(e) Menyelaras maklum balas bagi pembangunan sistem MedPCs baru (pendaftaran
dan pelesenan);
(f) Membantu Timbalan Pengarah CKAPS menyediakan arahan-arahan YBMK dan
KPK bawah Akta 586;
(g) Menyelaras penerbitan-penerbitan CKAPS seperti E-Buletin, garis panduan,
handbook dan lain-lain;
(h) Sebagai Sekretariat bagi pelantikan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Swasta;
(i) Sebagai Sekretariat bagi sumbangan sosial dan kebajikan KPJKS;
(j) Menyelaras sesi engagement dengan stakeholders, masyarakat awam seperti
dialog serta bengkel-bengkel MPC; dan
(k) Menetapkan piawaian bagi KPJKS bagi menjamin keselamatan pesakit dan
kualiti perkhidmatan pesakit di KPJKS.
Dari segi kutipan hasil, sepanjang tahun 2019, CKAPS telah mengutip sebanyak
RM3,873,052 daripada fi pengeluaran, pemprosesan dan pentadbiran di mana jumlah
ini meningkat sebanyak 27 peratus daripada tahun 2018.
Rajah 5.7
Kutipan Hasil CKAPS Tahun 2006 hingga 2019 (Proses Pendaftaran & Pelesenan)
Sumber: Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, KKM
CKAPS juga telah bekerjasama dengan Malaysian Productivity Corporation (MPC) bagi
menerbitkan empat (4) handbook yang telah menjadi panduan pemegang taruh yang
berminat bagi menubuhkan hospital swasta. Buku-buku berkenaan telah dilancarkan
oleh YB Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad di Association of
Private Hospital Malaysia (APHM) Conference pada 29 Julai 2019.
LAPORAN TAHUNAN
150 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019