Page 168 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 168

di  mana lima  (5) kompaun  telah  diselesaikan  manakala  selebihnya dalam  proses
            melengkapkan  kertas  siasatan  oleh  pegawai  penyiasat.  Empat  (4)  arahan  siasatan
            telah dikeluarkan yang masih dalam siasatan pihak CKAPS Negeri.

            CKAPS  juga  telah  menjalankan  tindakan  penguatkuasaan  ke  atas  Mawar  Medical
            Centre, yang melibatkan lebih daripada 40 pegawai daripada CKAPS HQ dan CKAPS
            JKN/JKWP oleh kerana semua pakar perubatan di hospital tersebut telah meletak
            jawatan  dan  pihak  hospital  gagal  melaksanakan  tanggungjawab  seperti  yang
            ditetapkan bawah Akta 586.

            Sebanyak RM343,000.00 denda telah dikutip setelah disabitkan oleh mahkamah dan
            RM223,500.00 denda kompaun telah dikutip melibatkan kes-kes tahun 2018 dan 2019.

            HALA TUJU


            CKAPS  menyedari  bahawa  bagi  meningkatkan  keselamatan  pesakit  dan  kualiti
            jagaan  kesihatan, pihak  penyedia  perkhidmatan  perlu  mempunyai  kesedaran  dan
            pengetahuan berkenaan ketetapan perundangan bawah Akta 586. Oleh itu, antara
            inisiatif yang dirancang bagi tahun 2020 adalah seperti berikut:
            (a)   Sesi jerayawara bersama 150 pihak berkuasa dan pemegang taruh yang lain
                  bagi  meningkatkan  pengetahuan  berkenaan  inisiatif  pengharmonian  ke  arah
                  proses menubuhkan hospital swasta yang lebih licin dan pantas;
            (b)   Bagi membantu para Penerbitan buku Technical Reference Disaster Management
                  Plan for High Rise Hospital pelabur yang berminat bagi membina hospital high
                  rise;
            (c)   Bengkel dan penerbitan buku berkaitan bagaimana menubuhkan klinik
                  perubatan dan klinik pergigian swasta, dengan kerjasama persatuan profesional;
            (d)   Penganjuran bengkel DCP bagi hospital swasta;
            (e)   Pembangunan  modul  bagi  arkitek,  medical  planners dan  jurutera, dengan
                  kerjasama MPC dan pihak akademik; dan
            (f)   Program  training-of-trainers  bagi  membina  kapasiti  di  dalam  CKAPS  serta
                  bengkel bagi staf CKAPS JKN/JKWP.

            CKAPS turut berharap agar pembangunan MedPCs akan disiapkan pada 2020 bagi
            membantu pemohon serta staf CKAPS HQ dan CKAPS JKN/JKWP.

            Sebagai penutup, CKAPS komited ke arah memastikan keselamatan pesakit terjamin
            dan  standard  jagaan  kesihatan  yang  disediakan  oleh  KPJKS  di  Malaysia  sentiasa
            dipertingkatkan. Sebagai pegawai penguatkuasa bagi Akta 586 dan bertanggungjawab
            bagi lebih daripada 11,000 KPJKS di seluruh Malaysia, tanggungjawab ini memerlukan
            integriti yang tinggi, kompetensi dan sumber yang mencukupi (seperti kenderaan,
            peralatan dan bajet) bagi membolehkan CKAPS menjalankan tanggungjawab yang
            diamanahkan.  Bagi mencapai  hasrat tersebut, CKAPS memerlukan  sokongan  dan
            kerjasama  semua pihak terutama  pihak pengurusan  atasan,  stakeholders dan
            pengguna  dalam  melaksanakan  dan  mengimplementasi  akta-akta yang berkaitan
            dengan jagaan kesihatan swasta di Malaysia



        LAPORAN TAHUNAN
    158  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173