Page 167 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 167
Aduan yang diterima daripada pesakit atau wakil pesakit ditangani melalui mekanisme
tatacara ketidakpuasan hati, seperti yang diperuntukkan bawah Akta 586. Terdapat
aduan yang memerlukan penyiasatan dijalankan seperti aduan yang diterima
daripada pihak lain, aduan yang melibatkan kematian pesakit atau melibatkan isu-
isu yang memudaratkan. Penyiasatan tersebut akan disusuli dengan tindakan yang
sewajarnya mengikut peruntukan bawah Akta 586 seperti Notis Tunjuk Sebab serta
penggantungan atau pembatalan Lesen atau Perakuan Pendaftaran.
Sepanjang tahun 2019, sebanyak 74 notifikasi AD dan 76 notifikasi IR-1 telah diterima.
Manakala, sebanyak 526 IR-2A dan 290 IR-2B (sehingga 23 Januari 2020) telah
diterima, seperti Rajah 5.12.
Rajah 5.12
Peratusan Kemudahan atau Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta Berlesen
(Selain Klinik Swasta) di Malaysia yang Menghantar Notifikasi IR-2A dan IR-2B Bagi
Tahun 2019
Sumber: Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, KKM
Sepanjang tahun 2019, sebanyak 41 pemantauan telah dilakukan oleh pihak CKAPS
Negeri. Pemantauan ini melibatkan klinik perubatan swasta dan klinik pergigian
swasta. 14 kes telah ditutup kerana penambahbaikan yang sewajarnya telah dilakukan
oleh pemegang Perakuan Pendaftaran.
Pada tahun ini juga, sebanyak 32 tindakan penguatkuasaan telah dilakukan. Sebanyak
28 kertas siasatan telah dibuka. Sebanyak 16 kes disiasat bagi premis yang tidak
berdaftar atau tidak berlesen di mana dua kes telah disabitkan di mahkamah dan
baki adalah dalam proses melengkapkan kertas siasatan. 12 kes disiasat untuk
pengkompaunan melibatkan klinik perubatan swasta dan rumah bersalin swasta
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 157