Page 163 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 163
Susulan itu, tahun 2019 menyaksikan peningkatan dari segi bilangan dan kompleksiti
permohonan meliputi semua unit dalam STO. Terdapat peningkatan dari segi jumlah
permohonan yang diterima Unit Klinik pada tahun 2019 berbanding tahun 2018,
sebanyak 56 peratus seperti Rajah 5.8 di bawah.
Rajah 5.8
Jumlah Permohonan yang Diproses dan COR yang Dikeluarkan oleh Unit Klinik
(2011 hingga 2019)
Sumber : Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, KKM
Bermula daripada tahun ini juga, Unit Klinik telah mula memproses permohonan
daripada klinik perubatan swasta yang berhasrat menyediakan health screening
booths selaras dengan Arahan YBMK Bil. 2/2019 bawah Akta 586. Sehingga 31
Disember 2019, sebanyak 44 permohonan telah diproses.
Bagi Unit Hemodialisis, situasi yang sama dapat dilihat di mana terdapat peningkatan
sebanyak 37 peratus dari segi bilangan permohonan yang diterima pada tahun 2019
berbanding dengan tahun 2018.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 153