Page 130 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 130
Imej 4.13
Aktiviti di Wellness Hub
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
HALA TUJU BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN
Sepanjang tahun 2019, BPK telah melaksanakan pelbagai program promosi kesihatan
yang melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, pihak swasta, pertubuhan
bukan kerajaan (NGO), pemimpin komuniti tempatan serta orang perseorangan.
Program promosi kesihatan yang dilaksanakan turut menyediakan persekitaran
yang menyokong ke arah penglibatan dan penyertaan rakyat untuk mencapai taraf
kesihatan yang baik. BPK juga akan terus melaksanakan program promosi kesihatan
sejajar dengan prinsip Piagam Ottawa 1986 bagi membolehkan rakyat mempunyai
daya usaha dan kuasa ke arah meningkatkan kesihatan diri untuk mencapai tahap
fizikal, mental dan kesejahteraan yang menyeluruh.
LAPORAN TAHUNAN
120 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019