Page 135 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 135
2. Perkhidmatan Kardiotorasik: Program Miracle Baby and Children’s HeartLink
USA
Perkhidmatan Jantung Kanak-kanak telah diwujudkan secara berasingan daripada
Perkhidmatan Jantung Dewasa. Penyelaras-penyelaras perkhidmatan tersebut telah
dikenal pasti untuk mencari penyelesaian menambah slot pembedahan bagi pesakit
kanak-kanak yang mempunyai penyakit jantung kongenital. Antara usaha jangka masa
terdekat adalah kerjasama dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dalam
Program Miracle Baby dan Children’s HeartLink USA bagi menjemput pakar-pakar
bedah kardiotorasik kanak-kanak dari India serta Amerika Syarikat untuk melakukan
pembedahan di hospital-hospital KKM.
3. Perkhidmatan Rawatan Harian: Rawatan Harian melalui Platfom Kluster
Perkhidmatan Rawatan Harian (PRH) terdapat di 127 buah hospital kerajaan dan KKM
telah membina 8 buah ‘Ambulatory Care Centre (ACC)’ dalam pemberian perkhidmatan
ini. Fokus utama PRH adalah dalam pelaksanaan ‘True Day Care Surgery’ dan juga
prosedur-prosedur bukan pembedahan di kesemua fasiliti ACC di hospital-hospital
KKM. Mulai 2018, perkhidmatan rawatan harian mula berkembang melalui initiatif
kluster. Langkah ini dilakukan bagi memastikan mutu perkhidmatan yang lebih cekap.
4. Perkhidmatan Kecemasan
Perkhidmatan Kecemasan terdiri daripada enam subkepakaran atau subbidang iaitu
Perawatan Kritikal Kecemasan, Toxikologi Klinikal, Perawatan Pra-Hospital, Pengurusan
Bencana, Perubatan Kecemasan Paediatrik dan Perawatan Kecemasan Trauma.
Pada tahun 2019, terdapat aktiviti baru yang mula diperkenalkan di antaranya adalah
Program CPR untuk komuniti. Program ini adalah merupakan kolaborasi di antara
Bahagian Perkembangan Perubatan dan juga Bahagian Kawalan Penyakit sebagai
urusetia utama di peringkat Kementerian. Program ini pertama kali dijalankan di
negeri Kedah dan seterusnya di negeri Sabah. Program ini akan terus dilanjutkan
dengan penglibatan pelbagai negeri pada tahun 2020.
Bagi Perkhidmatan Pra Hospital dan Ambulans, perkhidmatan ini telah terlibat dalam
Projek 5G Nasional bagi sektor Kesihatan di mana projek rintis 4G/5G-connected
ambulance telah dijalankan di beberapa hospital di Lembah Klang dan juga Langkawi.
Purata jumlah pesakit yang dijangka menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan
Trauma akan meningkat kepada tiga (3) peratus setahun dari tahun 2015 hingga
2018. Data daripada system MERS999 menunjukkan bahawa KKM adalah agensi
yang menerima panggilan kecemasan paling tinggi, lebih daripda 50 peratus
berbanding agensi-agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pada tahun 2019, jumlah panggilan
kecemasan yang diterima KKM meningkat pada 425,239 panggilan (January hingga
Disember 2019) berbanding tahun sebelumnya (0.25 peratus kenaikan). Peningkatan
ini menyebabkan penambahan beban kerja dan menjadi cabaran utama tetapi
Perkhidmatan Kecemasan sentiasa menjalankan tugas yang berkualiti.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 125