Page 126 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 126

Rajah 4.21
               Pencapaian Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok (PKBM) 2015 Hingga 2019

























            Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

            2.  Kempen Speak Out

            Kempen ini  memperkasa golongan bukan perokok di  Malaysia  menyuarakan hak
            mereka untuk menyedut udara bersih bebas daripada asap rokok secara berhemah
            bagi mendapatkan persekitaran bebas asap rokok dan sekaligus memastikan kesihatan
            paru-paru  yang lebih  baik.  Bersempena dengan kempen Speak Out, satu tinjauan
            telah dijalankan daripada 18 April hingga 31 Mei 2019 dan mendapati 99.6 peratus
            daripada 3,454 jumlah responden menyokong Kempen Speak Out dan 94.5 peratus
            responden  bersetuju  perokok yang merokok di  sekeliling  mereka patut  ditegur.
            Pelbagai  aktiviti  mempromosikan  Speak Out  telah  dilaksanakan  seperti  promosi
            melalui media digital dan iklan di media luar, projek intervensi Kampungku Bebas
            Asap Rokok, aktiviti bersama institut pengajian dan komuniti, Sambutan Hari Tanpa
            Tembakau Peringkat Kebangsaan setiap tahun dengan tema khusus kempen Speak
            Out dan kolaborasi bersama agensi swasta atau NGO bagi memperluas kempen.

                                                Rajah 4.22
                                            Kempen Speak Out













                                       Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM







        LAPORAN TAHUNAN
    116  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131